PUTRA SCIENCE PARK UPM PROMOSIKAN IDEAVAULT DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » PUTRA SCIENCE PARK UPM PROMOSIKAN IDEAVAULT DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM

PUTRA SCIENCE PARK UPM PROMOSIKAN IDEAVAULT DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, RTM

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah tampil secara langsung di RTM menerusi program Selamat Pagi Malaysia bagi mempromosikan Ideavault, satu inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diselaraskan oleh PSP UPM bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). PSP diwakili oleh Pegawai Penyelidik, Inv. Asrizam Esam dalam sesi wawancara eksklusif di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).
 
Program siaran langsung di RTM ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan Ideavault kepada seluruh rakyat Malaysia. Ideavault adalah sebuah platform inovasi yang bertujuan mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 idea kreatif daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, politeknik, kolej komuniti, golongan profesional serta orang awam. Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencetuskan penyelesaian inovatif terhadap cabaran harian yang dihadapi masyarakat.
 
Sebagai dorongan kepada penyertaan, RM34,000 ditawarkan sebagai hadiah keseluruhan kepada idea solusi terbaik dalam pelbagai kategori. Pemenang akan diumumkan dalam Festival Idea Putrajaya yang bakal diadakan pada tahun 2025.
 
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta menyertai program ini melalui platform rasmi Ideavault di https://ideavault.mohe.gov.my.

Tarikh Input: 17/03/2025 | Kemaskini: 17/03/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (01:03:49am-01:08:49am, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]