Roadshow Harta Intelek, Tingkat Kesedaran Perlindungan Harta Intelek UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Roadshow Harta Intelek, Tingkat Kesedaran Perlindungan Harta Intelek UPM

Roadshow Harta Intelek, Tingkat Kesedaran Perlindungan Harta Intelek UPM

Roadshow Harta Intelek, Tingkat Kesedaran Perlindungan Harta Intelek UPM 

 

7 Mac 2023, Serdang – Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park telah menjalankan beberapa Roadshow Harta Intelek ke setiap fakulti di Universiti Putra malaysia bermula awal tahun ini dan dirancang program seumpama ini akan diteruskan sepanjang tahun. 

Roadshow sebegini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya melindungi setiap inovasi dan hasil penyelidikan bagi memastikan kualiti harta intelek yang dihasilkan dapat dilindungi dan dijaga. 

Menurut, Timbalan Pengarah Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park, Prof. Dr. Rusmawati Said berkata, program roadshow ini mensasarkan para penyelidik dan ahli kumpulan penyelidikan yang terdiri daripada staf akademik mahupun bukan akademik yang terdiri daripada warga universiti dari pelbagai fakulti dan institut. 

“Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran para penyelidik dalam menghasilkan produk yang mempunyai nilai kebaharuan bagi mendapatkan perlindungan harta intelek. Program ini juga membantu memberi pencerahan dan kefahaman kepada penyelidik kepentingan untuk melindungi hasil penyelidikan mereka,” katanya lagi. 

Antara perkara yang diberi penekanan adalah perlindungan terhadap paten dan copyright. Program ini juga merupakan salah satu platform yang mengeratkan hubungan Bahagian Harta Intelek dan para penyelidik melalui sesi soal jawab di mana pelbagai persoalan dan cadangan penambahbaikan yang diberikan terutama dari sudut pengurusan dan memudah cara permohonan.

Sehingga kini, program roadshow harta intelek berkesempatan mengunjungi beberapa fakulti antaranya Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan serta pelbagai lagi. 

 

Turut hadir pada salah satu sesi roadshow tersebut, Pengarah Putra Science Park, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad berkesempatan meluangkan masa dalam memberi pendedahan kepada fakulti yang terlibat mengenai peranan Putra Science Park dalam menguruskan perlindungan harta intelek seterusnya mengkomersilkan hasil penyelidikan kepada industri yang disasarkan.

Tarikh Input: 20/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXESOAP~