Serdang, 22 Julai 2025 – Suasana di Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi ini meriah dengan kehadiran para peserta dari pelbagai latar belakang yang hadir bagi mendaftarkan diri sempena program Innovathon yang dinanti-nantikan. Proses pendaftaran peserta yang bermula seawal jam 8.30 pagi berlangsung lancar dengan kerjasama mantap daripada urus setia dan pasukan sokongan teknikal PSP.
Peserta dilihat bersemangat memulakan hari dengan mengambil kit penyertaan, menyemak slot persembahan inovasi masing-masing serta mendapatkan taklimat ringkas mengenai perjalanan program. Innovathon kali ini mengetengahkan pendekatan baharu dalam memupuk daya saing dan kreativiti para inovator, khususnya warga universiti dan rakan industri.
Innovathon menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu serta mengetengahkan teknologi tempatan ke peringkat lebih tinggi. Program akan diteruskan dengan sesi ujibakat dan pembentangan idea inovatif oleh para peserta sepanjang hari ini.
Tarikh Input: 22/07/2025 |
Kemaskini: 22/07/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA