Sesi Meet & Greet Bersama Penerima Incubator Grant UNIMAS HIIT | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» BERITA » Sesi Meet & Greet bersama penerima "Incubator Grant UNIMAS HIIT"

Sesi Meet & Greet bersama penerima "Incubator Grant UNIMAS HIIT"

SERDANG, 5 Mei 2025 - Sesi Meet & Greet bersama penerima "Incubator Grant UNIMAS HIIT" telah berjaya dilaksanakan secara atas talian oleh Centre of Research and Innovation Management (RIEC), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sesi ini merupakan sebahagian daripada komponen "Program 2: Startup Accelerator UNIMAS Program to Researcher" yang dikendalikan oleh Putra Dynamics, Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia.
 
Sesi ramah mesra ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Awang Ahmad Sallehin Awang Husini, Pengarah RIEC UNIMAS, dan disertai oleh barisan penceramah dari PSP yang terdiri daripada YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman, serta YBrs. Prof. Madya Siti Rahayu Hussin.
 
Seramai sembilan (9) penerima geran inkubator UNIMAS telah mengambil bahagian dalam sesi ini, di mana setiap peserta membentangkan ringkasan projek mereka yang telah berjaya mendapatkan geran.
 
Sesi ini juga bertujuan sebagai pengenalan kepada siri latihan yang akan berlangsung selama empat hari, bermula 6 hingga 9 Mei 2025. Sepanjang sesi latihan ini, para peserta akan didedahkan dengan panduan menyeluruh berkaitan pemindahan teknologi, validasi pasaran, pembangunan model perniagaan, serta strategi pembiayaan bagi pengkomersilan hasil penyelidikan mereka.

Tarikh Input: 06/05/2025 | Kemaskini: 06/05/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
W, (01:54:22pm-01:59:22pm, 22 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]