30 Mei 2025 – Telah berlangsung sesi pembentangan kemajuan (progress presentation) pelajar intern daripada Seksyen InnoHub, Putra Science Park iaitu Afiq Farish Bin Che Azro untuk 4 minggu yang pertama.
Sesi ini bertujuan untuk menilai kemajuan pelajar sepanjang tempoh latihan industri mereka, di samping memberi ruang untuk mereka berkongsi pencapaian, cabaran, dan pembelajaran yang diperoleh dalam persekitaran kerja sebenar.
Pelajar diberi masa selama 10-15 minit untuk membentangkan laporan kemajuan mereka, diikuti dengan sesi soal jawab bersama panel penilai yang terdiri daripada Penyelaras Seksyen InnoHub iaitu Prof Madya Siti Rahayu Hussin, di ikuti oleh Ketua Seksyen InnoHub Dr Nur Fadhilah Khairil Mokhtar dan wakil penyelia pelajar Intern Seksyen InnoHub iaitu Puan Noor Fadilah Ayu Binti Wichi. Antara bidang tugasan yang dibentangkan termasuklah mengemaskini data syarikat pemula InnoHub di ikuti dengan aktiviti- aktiviti mempromosikan produk-produk daripada hasil kajian penyelidik yang menerima dana InnoHub.
Sesi ini diakhiri dengan ucapan penghargaan dan kata-kata semangat kepada pelajar sebagai tanda penghargaan atas sumbangan yang telah diberikan.
Tarikh Input: 03/06/2025 |
Kemaskini: 03/06/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA