Sesi Perjumpaan Bersama Pengarah, Putra Science Park Tahun 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Sesi Perjumpaan bersama Pengarah, Putra Science Park Tahun 2023

Sesi Perjumpaan bersama Pengarah, Putra Science Park Tahun 2023

Sesi Perjumpaan bersama Pengarah, Putra Science Park Tahun 2023

Serdang, 10 Februari - Seksyen Pentadbiran, Putra Science Park telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama pengarah bagi tahun 2023. Majlis tersebut menghimpunkan seluruh warga Putra Science Park, UPM bersama dua timbalan pengarah PSP, Prof. Rusmawati Said, Timbalan Pengarah Bahagian Harta Intelek dan Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah Seksyen Promosi dan Pengkomersilan Inovasi Putra Science Park bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.  

Sesi perjumpaan ini dijalankan bagi membincangkan dan memantapkan lagi hala tuju, sasaran dan pencapaian Putra Science Park di peringkat yang lebih cemerlang.

Pada sesi perjumpaan kali ini, Pengarah PSP turut mengambil peluang mendekati seluruh warga PSP dan menyentuh beberapa perkara iaitu pentingnya bagi setiap pegawai menjaga jadual kehadiran dan keberadaan di waktu pejabat. 

 

Selain itu juga, pengarah turut menekankan kepentingan sikap saling bantu membantu dalam menjalankan tugasan yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Dalam sesi perkongsian kali ini, antara topik yang dikupas adalah berkenaan musibah dan sifat empati dalam diri setiap warga PSP. 

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab Rahman, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Putra Science Park, yang telah berpengalaman di dalam menyelaras program InnoHub di peringkat permulaan penubuhannya.

 

Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli, yang merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM dan juga Penyelaras Program InnoHub yang berpengalaman di dalam menguruskan syarikat pemula, serta Encik Adrian Joseph, Pegawai Eksekutif 1 PSP merangkap mentor bagi program InnoHub telah memastikan program ini berjaya di laksanakan secara berterusan. Model InnoHub PSP UPM juga telah menjadi rujukan atau "role model" daripada pelbagai agensi dan IPT di Malaysia. Semoga kejayaan InnoHub akan dapat memberi impak positif dan membantu lagi meningkatkan industri dan kemajuan teknologi di Malaysia.

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXERHAN~