Sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) Bagi Program Growmatch 2025 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) Bagi Program Growmatch 2025

Sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) Bagi Program Growmatch 2025

26 Mei 2025- Telah berlangsung sesi Pitch Deck Polishing (Bahagian 1) bagi program Growmatch 2025 untuk projek Dr. Siti Nurul Ain Md Jamil. Sesi ini telah dipengerusikan oleh PM Siti Rahayu Hussein (Penyelaras InnoHub) di ikuti oleh Dr. Nur Fadhilah Khairil Mokthar (Ketua Seksyen InnoHub), yang turut memberikan panduan serta maklum balas berstruktur kepada peserta bagi memperkemaskan pembentangan pitch deck mereka.
 
Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Growmatch yang bertujuan untuk membina keupayaan penyelidik terutamanya Pertanian dalam mempersembahkan hasil penyelidikan mereka secara profesional dan berimpak tinggi kepada pihak berkepentingan termasuk pelabur, industri, dan pembuat dasar.
 
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran komunikasi strategik serta memperkukuh nilai komersial dan kebolehpasaran projek penyelidikan mereka.

Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
S, (12:29:30pm-12:34:30pm, 10 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]