Sidang Media Putra Cipta Ketengah Teknologi Berasaskan Karbon Yang Dihasilkan Daripada Minyak Masak Terpakai | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Sidang Media Putra Cipta Ketengah Teknologi Berasaskan Karbon Yang Dihasilkan Daripada Minyak Masak Terpakai

Sidang Media Putra Cipta Ketengah Teknologi Berasaskan Karbon Yang Dihasilkan Daripada Minyak Masak Terpakai

Sidang Media Putra Cipta Ketengahkan Teknologi Berasaskan Karbon Yang Dihasilkan Daripada Minyak Masak Terpakai

 

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

 

SERDANG, 29 Ogos 2022 - Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, UPM mengetengahkan inovasi yang dihasilkan oleh Ketua Penyelidik, Ts. Dr. Intan Helina Hassan dari Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), UPM telah mencipta sebuah teknologi yang diinovasikan daripada minyak masak terpakai untuk penghasilan Pes Tiub Nano Karbon (CNT) pada sesi Sidang Media Putra Cipta yang telah diadakan di Lobi Pejabat TNCPI UPM. 

 

Menurut Wan Nuryani Bt Wan Mohamed Rosly, Pegawai Eksekutif PSP selaku pegawai penyelaras Sidang Media Putra Cipta, inovasi ini dipilih kerana keunikan yang ditawarkan kepada industri di mana penghasilannya turut menggunakan minyak masak terpakai. 

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'astro AWANI Astro AWANI 7h. Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2), Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya ...See More Serdang UPM astro AWAN UPM UP PUTK VENSIT CH AND RES AT INOVASI UPM BERJAYA CIPTA PES TIUB NANO KARBON'

Sidang media Putra Cipta merupakan salah satu aktiviti hasil kerjasama dengan Pusat Strategi Perhubungan Korporat (PSPK) UPM bagi mempromosikan inovasi atau produk yang dihasilkan oleh penyelidik UPM melalui media massa agar dapat disampaikan kepada industri dan komuniti amnya. Ts. Dr. Intan Helina

 

Teknologi yang dibangunkan merupakan aplikasi teknologi filem tebal untuk meningkatkan prestasi antena yang melibatkan proses pengubahsuaian komposis bahan dan kaedah penyediaan serta fabrikasi peranti yang diperlukan segera.

 

Bahan berasaskan karbon boleh digunakan sebagai lapisan konduktif, seterusnya memberikan pilihan alternatif kepada penggunaan perak sebagai bahan konduktif. Pes tiub nano karbon (CNT) atau dipanggil Pes Konduktif Organik, telah dikomersilkan oleh Serdang Paste Tech. Sdn Bhd.

 

CNT yang digunakan adalah daripada paten yang difailkan iaitu kapas CNT yang dihasilkan daripada sisa minyak masak terpakai. Antena berasaskan CNT telah menunjukkan hasil yang baik dan boleh diterokai lebih lanjut untuk antena tampalan boleh cetak dalam industri telekomunikasi.

 

Inovasi ini adalah penyelesaian terbaik untuk pengecasan yang lebih pantas dengan lebih fleksibel. Oleh yang demikian, antena boleh dicetak pada subtrat yang fleksibel, sekali gus membolehkan fleksibiliti peranti komunikasi.

Ts. Dr. Intan Helina turut ditemubual semasa sesi wawancara bersama wartawan Astro Awani, Pengarah Putra Science Park, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad memaklumkan, UPM sangat komited dalam menghasilkan dan mengkomersilkan inovasi yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara.

 

Putra Science Park selaku pengurus inovasi UPM akan terus memastikan hasil penyelidikan dan inovasi UPM diketengahkan kepada umum dan seterusnya menyasarkan kolaborasi dengan pihak industri bagi mengkomersilkan hasil penyelidikan terbaik UPM di pelbagai peringkat.



Tarikh Input: 30/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbMAP~