KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026 – Pengarah Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan telah dijemput sebagai panel dalam sesi Fireside Chat: The Triple Helix Synergy sempena program The Commercialisation Blueprint: From Intelligence to Impact anjuran Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Sesi tersebut menghimpunkan wakil kerajaan, akademia dan industri bagi membincangkan peranan kolaborasi strategik dalam memperkukuh ekosistem inovasi serta mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan ke pasaran.
Dalam sesi berkenaan, Prof. Dr. Samsilah Roslan berkongsi pandangan mengenai kepentingan sinergi antara universiti, industri dan kerajaan dalam memastikan teknologi serta inovasi yang dibangunkan mampu memberi impak kepada masyarakat dan ekonomi negara.
Beliau turut mengetengahkan peranan Putra Science Park dalam memperkasakan agenda pemindahan teknologi, perlindungan harta intelek dan pembangunan jaringan industri sebagai usaha memperluas potensi pengkomersialan inovasi UPM di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tarikh Input: 14/05/2026 |
Kemaskini: 14/05/2026 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA