Bengkel Strategic Fundraising Workshop anjuran Global Market Exchange (GIX), MRANTI dengan kerjasama Seksyen InnoHub, PSP telah berjaya diadakan dengan penyertaan hampir 35 peserta daripada Program InnoHub dan industri. Bengkel ini memberikan pendedahan mengenai strategi pendanaan serta peluang pelaburan untuk syarikat pemula.
Perkongsian oleh Dr. Sivapalan Vivekarajah amat bernilai berikutan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pelaburan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada GIX, MRANTI dan penceramah jemputan atas peluang ini.
Tarikh Input: 24/11/2025 |
Kemaskini: 24/11/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA