Sudut Bacaan PSP Ungguli Pertandingan Sudut Bacaan Pejabat TNCPI | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Sudut Bacaan PSP Ungguli Pertandingan Sudut Bacaan Pejabat TNCPI

Sudut Bacaan PSP Ungguli Pertandingan Sudut Bacaan Pejabat TNCPI

SERDANG, 5 Ogos - Sudut Bacaan PSP Ungguli Pertandingan Sudut Bacaan Read@UNI Pejabat TNCPI apabila dinobatkan sebagai johan pertama pertandingan ini mengalahkan pesaingnya yang lain iaitu Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Bahagian Pentadbiran Pejabat TNCPI. Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang juri daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM yang dianjurkan oleh Pejabat TNCPI.

Pertandingan ini merupakan satu usaha Pejabat TNCPI bagi memastikan setiap jabatan mempunyai sudut READ@UNI sendiri seperti yang telah disarankan oleh pihak universiti.

Sudut Bacaan yang diberi nama Lantera Ilmu yang menggambarkan satu ruang yang memberi cahaya ilmu kepada staf dan pelawat PSP. Sudut lantera ilmu mengandungi 5 kategori utama seperti buku fiksyen dan bukan fiksyen, inovasi, rekabentuk, pemasaran dan sudut permainan interaktif kanak-kanak, staf dan pelawat eDU-PARK.

Ulasan buku secara santai dan penerangan Lantera Ilmu semasa penjurian merupakan antara persembahan menarik semasa sesi penjurian yang berlangsung pada 23 Julai 2019.

Aktiviti sudut bacaan lainnya adalah aktiviti nilam, ulasan buku secara bulanan dan pertandingan mencipta puisi bertemakan inovasi, e-Book dan lain -lain. 

Menurut Nor Azizah Ismail, Timbalan Ketua Sudut Bacaan PSP, pada asalnya sudut adalah berkonsepkan eDU-PARK UPM namun terpaksa dipinda pada saat akhir disebabkan perubahan lokasi sudut bacaan.

Staf PSP bertungkus-lumus mengerah idea dan tenaga bagi menyiapkan projek sudut bacaan ini setelah perancangan awal diubah dan akhirnya segala usaha pasukan telah membuahkan hasil.

Beliau mengharapkan budaya membaca dapat disemai dalam kalangan staf PSP secara berterusan dan sudut ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan ilmu pengetahuan staf.

Tarikh Input: 14/08/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbDA3~