7 April 2025 : Satu perbincangan secara maya bersama dengan penyelidik daripada Fakulti Sains, Prof. Madya Dr. Nur Kartinee Kassim bagi pengkomersilan teknologi "Non toxic antimicrobial agent/additive" dengan Percept Comercials FZE daripada UAE. Perbincangan pertama kali telah dipengerusi oleh Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, Timbalan Pengarah, Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan Inovasi, Putra Science Park adalah memastikan kesediaan teknologi ini dengan pasaran luar negara terutama di UAE, Afrika dan India.
Teknologi yang terhasil ini berasaskan "plant-based nano emulsion, non toxic germicide" dan ia berupaya membunuh virus termasuk coronavirus. Produk yang terhasil adalah sebagai "hand sanitizer" dan antiseptik. PSP dan penyelidik bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan Percept Commercials FZE. Semoga kerjasama ini dapat melonjakkan nama UPM dan pengkomersilan teknologi ini di pasaran negara luar.
Tarikh Input: 08/04/2025 |
Kemaskini: 08/04/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA