Teroka Ilmu Statistik Melalui Permainan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Teroka ilmu statistik melalui permainan

Teroka ilmu statistik melalui permainan

Bahan oleh Azman Zakaria, Foto: Noor Azreen Awang (UPM staf)

 

SERDANG, 5 Ogos, 2020: Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta inovasi pembelajaran statistiik melalui kaedah permainan ‘Stats-Trek’ iaitu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk kanak-kanak, mahupun pelajar universiti.

‘Stat-Trek” adalah analog kepada permainan ‘Ular dan Tangga’ serta menggunakan buah dadu tetapi diubahsuai secara lebih bermakna mengkhususkan kepada statistik. Ia merupakan inovasi permainan baharu yang membantu pemainnya meningkat serta mengukuhkan pengetahuan asas statistik.

Prof Madya Dr. Mohd Bakri Adam menunjukkan papan permainan ‘Stats-Trek’

 

Melalui permainan ini, ia juga boleh mendatangkan keseronokkan dan kepuasan dalam sesuatu sesi pengajaran yang disampaikan.

Inovasi itu dicipta oleh Prof Madya Dr. Mohd Bakri Adam dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains UPM bersama pelajarnya, Muhammad Ajwad Fadil.

Prof Madya Dr. Mohd Bakri Adam


Prof Madya Dr. Mohd Bakri berkata, ’Stats-Trek’ adalah permainan jelajahan ilmu statistik yang diaplikasikan bagi memberi lebih kefahaman statistik asas kepada semua pelajar di tahun pertama di semua universiti.

Katanya, ia sesuai kepada sebarang subjek pengenalan statistik dan tidak terhad di UPM sahaja bagi subjek MTH3003 atau MTH3401.

Permainan ini mengandungi 100 tapak langkah yang perlu dilalui oleh setiap pemain dan terdapat halangan tertentu yang perlu diatasi, sebelum memperolehi kemenangan.

Halangan itu terdapat di 20 tapak yang mengandungi soalan. Pada setiap tapak terdapat lima permasalahan yang tertulis di dalam kad yang berlandaskan subjek Kebarangkalian Statistik 1. Jika tidak berjaya mendapat soalan, pemain tidak boleh berganjak. 

Prof Madya Dr. Mohd Bakri Adam (tengah) menunjukkan cara permainan ‘Stats-Trek’. 

“Inovasi ini merupakan salah satu eureka permainan sokongan pendidikan yang boleh dijadikan bahan pengajaran oleh para pengajar.

“Ia sangat unik dan memberi kebaikan kepada pelajar kerana ia suatu permainan yang berbentuk pengukuhan ilmu statistik yang masih belum wujud dalam pasaran semasa,” katanya.

Inovasi itu dihasilkan pada 2018 dan sudah memperoleh hak cipta. – UPM

Tarikh Input: 14/08/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDTQAI~