UPM Cemerlang Genggam 9 Emas Di PECIPTA 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Cemerlang Genggam 9 Emas Di PECIPTA 2022

UPM Cemerlang Genggam 9 Emas Di PECIPTA 2022

Ditulis oleh : Aishah Hisamuddin 

 

Bachok, 3 November - Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi cemerlang dengan merangkul 9 Emas  dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 hingga 3 November 2022, bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok.

 

Menurut Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Putra Science Park, UPM sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dengan merekodkan kemenangan yang membanggakan. 

 

“Putra Science Park selaku Pusat Pemindahan Teknologi yang menguruskan harta intelek UPM kekal komited dalam membina jaringan bersama pemain industri dan komuniti bagi memastikan hasil penyelidikan negara dapat dikongsi bukan hanya di peringkat kebangsaan tetapi juga antarabangsa,” jelasnya. 

Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2022 merupakan acara dwitahunan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam dengan objektif utama mengumpulkan barisan penyelidik dari pelbagai kategori penyertaan. Penyertaan ini meraikan inovasi hasil penyelidikan negara dari pelbagai kluster pengajian yang dipertandingkan. 

 

Dengan bertemakan, Innovation, Creativity, Technology, Entrepreneurship and Society, PECIPTA 2022 menghimpunkan barisan pemain industri dan penyelidik untuk mengukuhkan jaringan industri dan menerokai hasil penyelidikan negara seiring dengan aspirasi Malaysia untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing di peringkat global. 

 

PECIPTA 2022 adalah penganjuran kali ke-11 dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah sebagai tuan rumah pada tahun ini. Mod penyertaan dijalankan secara hibrid merangkumi penjurian dalam talian dan seterusnya inovasi yang disenarai pendek dipilih untuk bersaing secara fizikal di UMK, Kampus Bachok. 

 

UPM membariskan 20 penyertaan dengan 10 inovasi berjaya disenarai pendek ke pertandingan secara fizikal. Di antara pemenang yang tersenarai sebagai penerima pingat emas adalah, Prof. Ts. Thariq Hameed Sultan dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Ts. Dr. Hidayah Arifin dari Fakulti Bioteknologi dan Biomolekul Sains UPM, Prof. Madya. Dr. Ina Salwany dari Institut Biosains UPM, Prof. Madya Dr. Nurulfiza dari Fakulti Biosains UPM, Prof. Madya Dr Nazlina Shaari dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina UPM, Prof. Madya Dr. Norhashila Hashim dari Fakulti Kejuruteraan UPM, Ts. Dr. Norhayu Asib dari Fakulti Pertanian UPM, ChM. Dr. Siti Efliza dari Fakulti Sains UPM, dan Dr. Ahmad Haniff Jaafar dari Fakulti Teknologi Sains Makanan UPM. 



Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Bin Haji Hameed Sultan, menerusi inovasi Blade for Pineapple Leaf Fiber Extractor Machine merupakan penghasilan inovasi mesin yang menjimatkan tempoh penghasilan fiber nenas, dan membantu meningkatkan kualiti yang tinggi. Dengan penggunaan teknologi yang dihasilkan, ia mampu mengurangkan sisa tanaman nenas menjadi suatu inovasi baharu yang menggunakan konsep from waste to wealth

 

Prof. Ts. Dr. Hidayah Ariffin menerusi inovasi Nanocellulose : A versatile Nanoadditive pula merupakan yang pertama menghasilkan nanoselulosa yang menggunakan biojisim kelapa sawit dengan mutu keberkesanan yang efektif dan sesuai digunakan sebagai bahan penambah dalam pelbagai industri seperti plastik, bahan komposit, makanan, kosmetik, serta farmaseutikal bagi meningkatkan ciri-ciri produk yang dihasilkan. 

 

Prof. Madya Dr. Ina Salwany Md Yasin dari Institut Biosains UPM, membangunkan inovasi VIVAC UPM: Aquafeed Vaccine Against Vibriosis in Marine Fishes. Vaksin khusus ini dibangunkan bagi hidupan ikan laut. Menariknya, vaksin ini diberikan sebagai makanan untuk meningkatkan imuniti bagi melawan penyakit vibriosis. 

Prof. Madya Dr. Nurulfiza Mat Isa dari IBS UPM menerusi inovasi, Crisprvac CFUPMT27 A Fowl Adenovirus Vaccine. Inovasi ini mengandungi ciri khas kepada jujukan genotik (kawasan poros protein serat). Inovasi vaksin taratenuat ini memberi manfaat kerana dapat mengurangkan kos dan tempoh masa penghasilan dan berupaya merangsang keputusan titer antibodi yang tinggi terhadap jangkitan adenovirus unggas yang dapat membantu melindungi dari penyakit Inclusion Body Hepatitis (IBH). 

 

Prof. Madya. Dr. Nazlina dari Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina UPM, membangunkan inovasi Adaptive Wear. Pakaian kesihatan ini menfokuskan kepada pesakit warga emas dan kurang upaya. Produk inovasi ini mengetengahkan potongan pakaian yang direka khas untuk pesakit/warga emas untuk memakai pakaian mereka sendiri dengan lebih mudah, selesa dan sopan. 

 

Prof. Madya Dr. Nohashila Hashim dari Fakulti Kejuruteraan UPM dengan inovasinya, Pengesan Pintar untuk Kualiti Buah. Melalui integrasi kecerdasan buatan, maklumat berguna tentang kematangan dan kualiti buah boleh dianalisis dan diramalkan dengan pantas dan tepat. Ia menawarkan penilaian tidak merosakkan buah dengan pantas dan bermanfaat kepada pengeluar hasil segar dan industri pertanian.

 

Ts. Dr. Norhayu Asib dari Fakulti Pertanian UPM, menerusi inovasi Milagro Matado, racun serangga yang dibangunkan menggunakan komposisi organik yang terbukti berkesan dan efektif disamping menjimatkan kos dengan hanya penggunaan yang sedikit. Inovasi ini ternyata memberi penjimatan kepada pihak industri di samping mengekalkan kualiti racun serangga yang mesra alam dan tidak membahayakan. 

 

Dr. Ahmad Haniff Jaafar dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, menerusi inovasi Cosmos Caudatus serbuk ulam raja yang terkenal bagi mengatasi masalah diebetes. Inovasi ini direka dengan cara yang mudah dalam bentuk serbuk supaya ia boleh digabungkan ke dalam pelbagai jenis makanan pada bila-bila masa.

 

ChM. Dr. Siti Efliza dari Fakulti Sains UPM, menerusi inovasi BioEsst Kojic Serum diformulasikan dengan kepekatan OLeate 10% yang membantu mendapatkan kulit yang sihat berseri, bebas jeragat & parut jerawat. Serum ini menggunakan teknologi nanoemulsi untuk menghasilkan kualiti serum yang mudah diserap ke dalam lapisan kulit dan memberi perlindungan bagi melawan penghasilan melanin yang berlebihan. 

 

PECIPTA 2022 menerima lebih 433 penyertaan pada kali ini yang terdiri dari pelbagai sektor korporat, sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Lebih 80% inovasi yang dipertandingkan di PECIPTA 2022 kali ni telah bersedia untuk dikomersilkan kepada pihak industri. 

 

Majlis perasmian PECIPTA 2022 berlangsung pada 2 November 2022 yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Razli Bin Che Razak, Naib Canselor UMK seterusnya  membuka tirai sesi penjurian mengikut kluster pengajian. UPM telah menghantar sebanyak 5 kluster pengajian merangkumi, Air dan Makanan, Pertanian dan Perhutanan, Alam Sekitar dan Biodiversiti, Perubatan dan Penjagaan Kesihatan, serta Teknologi dan Sistem Pintar. 

 

Majlis penyampaian pingat berlangsung pada 3 November 2022 oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi. 

 

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Putra Science Park, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad. 

 

KEPUTUSAN PECIPTA 2022 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

Bil

Penyelidik  

Projek

Anugerah

1.      

PROF. TS. DR. HIDAYAH ARIFFIN

 

NANOCELLULOSE: A VERSATILE NANOADDITIVE

EMAS

2.      

PROF. IR. TS. DR. MOHAMED THARIQ BIN HAJI HAMEED

SULTAN

 

PINEAPPLE LEAVES FIBER EXTRACTION BLADE FOR EXTRACTOR MACHINE

EMAS

3.      

TS. DR. NORHAYU ASIB

 

MILAGRO MATADO

EMAS

4.      

DR. AHMAD HANIFF JAAFAR

 

SUPER COSMOS FOR MULTIPLE PURPOSE INGREDIENTS-MALAYSIA’S LATEST

ECONOMIC INNOVATION

EMAS

5.      

CHM. DR. SITI EFLIZA ASHARI

 

PATENTED BIOESST OLEATE: HIGHLY POTENT ANTI-TYROSINASE TO TREAT

HYPERPIGMENTATION DISEASE

EMAS

6.      

ASSOC. PROF. IR. DR. NORHASHILA HASHIM

 

SMART DETECTOR FOR FRUIT QUALITY

EMAS

7.      

ASSOCIATE PROFESSOR DR INA SALWANY MD YASIN

 

VIVAC UPM: AQUAFEED VACCINE AGAINST VIBRIOSIS IN MARINE FISHES

EMAS

8.      

ASSOC. PROF. DR. NURULFIZA MAT ISA

 

CRISPRVAC CFUPMT27 A FOWL ADENOVIRUS VACCINE

EMAS

9.      

ASSOC. PROF. TS. DR. NAZLINA SHAARI

 

ADAPTIVE WEAR FOR DISABLED ELDERLY

EMAS

10.    

PROF. TS. DR. ROSNAH SHAMSUDIN

 

VERSMAP

PERAK

11.    

DR. ASLAM IZAH BINTI SELAMAT

 

PUTRA SALAMANIS BOARD GAME

PERAK

12.    

DR NUR KARTINEE BINTI KASSIM

 

NON ALCOHOLIC, NATURAL AND ECO- FRIENDLY ANTIBACTERIAL AND ANTIVIRUS HAND SANITIZER AND SURFACE

DISINFECTANT

PERAK

13.    

MD ROZAIDI BIN MD YUSOF

 

PUTRA PRO-CUT AND PUTRA FAST-SNAP IMPROVES MARCOTTING PROPAGATION TECHNIQUE

PERAK

14.    

PROF. DR. JANET LIM HONG NGEE

 

GRAFINTOK – PATENTED GRAPHENE TECHNOLOGY FOR ENGINE OIL

GANGSA

15.    

PROF. IR. DR. MOHD SAPUAN BIN SALIT

 

DEVELOPMENT OF THERMALLY STABLE POLYCRYSTALLINE PHOTOVOLTAIC MODULE BASED NOVEL BIOCOMPOSITE

MATERIALS

GANGSA

16.    

DR. SITI NURHAYATI KHAIRATUN

 

A VERSATILE READY-TO-EAT COOKING PASTE AND SAUCE FROM PUMPKIN

GANGSA

17.    

ASSOC. PROF. DR. MOHD ZULKHAIRI MOHD YUSOFF

 

B’GEST - PORTABLE BIODIGESTER FOR

BIOGAS PRODUCTION FROM HOUSEHOLD KITCHEN WASTE

GANGSA

18.    

DR. ILYANA JALALUDDIN

 

LEARNING WITH MOBILEVAR : HUNTING WITH E-LANGUAGE

GANGSA

19.    

EN. MUHAMMAD FARHAN NAZARUDIN

 

SARGASYNBIOTIC FEE ENHANCER FOR SHRIMP AQUACULTURE

GANGSA

20.    

PROF. MADYA DR. ZULFITRI ‘AZUAN MAT DAUD

 

MYNUTRIKIDNEY APPS: A PERSONALIZED NUTRITION TOOL TO EMPOWER DIETARY SELF-MANAGEMENT FOR CHRONIC KIDNEY

DISEASE PATIENTS

GANGSA



 









Tarikh Input: 04/11/2022 | Kemaskini: 24/08/2023 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXESTAF~