UPM-FIBALOY Komersilkan MICRONES | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM-FIBALOY komersilkan MICRONES

UPM-FIBALOY komersilkan MICRONES

SERDANG, 4 Mei - UPM dan Fibaloy International Sdn Bhd telah berkerjasama bagi mengkomersilkan inovasi  Maceration Induced Cell Rupturing Oil Nut Extraction Synthesis (MICRONES), teknologi baharu dalam meningkatkan pengeluaran minyak kelapa sawit dengan mengatasi masalah kehilangan minyak kelapa sawit mentah semasa proses pengekstrakan.


Majlis pertukaran dokumen perjanjian pelesenan antara UPM dan Fibaloy International Sdn Bhd  anjuran Putra Science Park telah diadakan bersempena Sidang Media Putra Cipta MICRONES di Padang Golf UPM. UPM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dato Dr Husaini Omar manakala Fibaloy International oleh Pengarah Urusannya, Gregory L. Foster.

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama rakan industri telah berjaya membangunkan MICRONES.MICRONES akan mengubah proses pengekstrakan Minyak Sawit Mentah (CPO) dan kernel dari proses yang dibebani kos kepada proses yang memberi keuntungan dengan mengurangkan kehilangan minyak semasa proses pengekstrakan, sekali gus mengurangkan kerugian yang dialami kilang kelapa sawit.

MICRONES dihasilkan menerusi gabungan dua projek penyelidikan iaitu Kernel Nut and Mesocarp Separation System (Sistem Pengasingan Kernel dari Sabut Kelapa Sawit) oleh Prof Dr Robiah Yunus dari Fakulti Kejuruteraan UPM dan ‘System for Continuous Extraction of Pericarp Liquid (Sistem Pengekstrakan Berterusan Cecair Perikarpa) oleh En. Gregory L.Foster dari syarikat Fibaloy International Sdn Bhd. 

Sistem itu dapat menggantikan kaedah pengisaran tradisional untuk menghasilkan minyak sawit dan minyak kernel sawit mentah yang lebih tinggi. Prof Dr Robiah berkata proses pengekstrakan adalah proses yang kritikal di kilang kelapa sawit dan teknologi yang tidak efisyen boleh mengakibatkan kehilangan minyak sawit yang tinggi.Teknologi MICRONES adalah penemuan penting dalam industri minyak kelapa sawit.

Pada 2016, pengeluaran minyak sawit menurun kepada 0.35 peratus OER. Ini menyebabkan Malaysia dan Indonesia sebagai pengeluar minyak sawit terpaksa membuka 250,000 hektar tanah tambahan untuk memenuhi permintaan 53 juta tan CPO. Kesan ketidakcekapan dalam pengeluaran OER, bukan sahaja menyebabkan kerugian industri tetapi kesan yang lebih besar ialah kepada alam sekitar kerana 476,000 hektar tanah diperlukan untuk menanam kelapa sawit bagi menampung kehilangan OER, katanya.

MICRONES mudah diangkut ke tapak kilang dan cepat untuk dipasang, tanpa gangguan kepada proses pengeluaran harian kilang.

Tarikh Input: 13/06/2017 | Kemaskini: 11/08/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdOAC~