UPM -KPT Anjur Pameran PPRN 2.0 Zon Tengah 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM -KPT Anjur Pameran PPRN 2.0 Zon Tengah 2023

UPM -KPT Anjur Pameran PPRN 2.0 Zon Tengah 2023

19 Feb 2023 Serdang - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku sekretariat, akan menganjurkan Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0)Zon Tengah bagi mengetengahkan kisah kejayaan industri-akademia hasil pelaksanaan projek PPRN terdahulu, taklimat PPRN 2.0, forum, serta taklimat insentif geran industri.

Program ini akan diadakan pada 22 Februari 2023 di Dewan Besar UPM Serdang Selangor dan bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT.

Penganjur menyasarkan jumlah kehadiran 1,000 orang tetamu termasuk tetamu kenamaan, agensi penerima geran (universiti, politeknik, agensi penyelidikan), industri, rakan media, orang awam warga KPT dan warga UPM.

Inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) telah dilancarkan oleh KPT sejak tahun 2015 sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan pengkomersilan dengan pemberian geran kepada industri dan kerjasama akademia.

PPRN menggalakkan aktiviti inovasi berpacu permintaan industri ke arah memaksimumkan produktiviti. Pameran ini turut melancarkan PPRN 2.0. yang ditambahbaik merangkumi pindaan prosedur dan mekanisme pembiayaan projek.

Pengarah JK Pelaksana program ini, Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman memaklumkan bahawa amanah sebagai penganjur program ini seharusnya diraikan dengan penuh rasa gembira dan tanggungjawab kerana program ini besar impaknya kepada UPM dan institusi pendidikan tinggi yang lain.

Pelbagai aktiviti dan perkongsian menarik akan diadakan menerusi 
Pameran Kejayaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta 2.0 (PPRN) Zon Tengah anjuran UPM dan KPT merangkumi:

  • Sesi Taklimat PPRN daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
  • Forum Kolaborasi Projek Pengkomersilan Industri - Akademia
  • Pameran Inovasi & Sains Teknologi 
  • Sesi jalinan industri dan suai padanan teknologi
  • Perkongsian Kisah Kejayaan Industri dan Akademia
  • Jualan Produk Inovasi 

Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 20/02/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXESPAM~