UPM Lepasi Audit Myra 2021 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Lepasi Audit Myra 2021

UPM Lepasi Audit Myra 2021

SERDANG, 5 Julai – UPM telah berjaya melalui penilaian Tapak bagi Pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA) Tahun 2021 oleh Panel Penilai daripada Kementerian Pengajian Tinggi pada 5 dan 6 Julai 2022 yang melibatkan entiti penyelidikan, inovasi dan sokongan UPM.

Sesi penilaian atau audit MyRA yang diselaraskan oleh Pejabat TNCPI dan Pusat Pengurusan Penyelidikan ini bertujuan menilai pencapaian semasa RDC&I UPM berdasarkan KPI MYRA yang telah ditetapkan dan telah diadakan secara berpusat di Pejabat Putra Science Park.

 

Program Penilaian tahunan ini adalah yang ke dua selepas tahun 2021 apabila universiti dibuka semula akibat penutupan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Akibat pandemik Audit Penilaian ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Pada hari pertama agenda adalah Mesyuarat Pembukaan dengan kehadiran YH. Prof. Dato' Dr. Mohd Roslan Sulaiman selaku Naib Canselor UPM, Pengurusan Tertinggi UPM, Panel Penilai yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Muhammad Yahaya dari Universiti Kebangsaan Malaysia ,TaskForce, Urusetia dan wakil dari Jabatan Pengajian Tinggi (KPT) dan wakil dari UPM sendiri.

Audit yang berlangsung selama dua harı bermula pada 5 hb Julai 2022 dan 6 hb Julai 2022.

Universiti Putra Malaysia merupakan Universiti Awam yang pertama di audit untuk tahun 2022 ini. Penilaian Tapak Pencapaian MyRA® digunakan untuk menilai kapasiti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan. MyRA® merupakan instrumen untuk menaksir keupayaan penyelidikan pada peringkat institusi. Ia mengukur kecemerlangan dengan menilai jarak sesebuah IPT dari profil (tanda aras) yang ditakrifkan sebagai cemerlang bagi sebuah universiti penyelidikan di negara ini.

 

Mesyuarat Penutup Audit PENILAIAN TAPAK PENCAPAIAN MyRA® TAHUN 2021 telah disempurnakan Oleh YBhg Prof. Dr. Nazamid bin Saari selaku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZUAb~