UPM Menang Hadiah Utama Pengurusan Harta Intelek Negara | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Menang Hadiah Utama Pengurusan Harta Intelek Negara

UPM Menang Hadiah Utama Pengurusan Harta Intelek Negara

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) mengungguli hadiah utama Pengurusan Harta Intelek Terbaik bagi kategori organisasi dan membawa pulang wang tunai RM30,000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anugerah Harta Intelek Negara anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

 Sebanyak 388 penyertaan diterima untuk anugerah itu tahun ini, yang menyaksikan peningkatan penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah. Sementara itu, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia merangkul hadiah pertama kategori Paten; My Haiz Sdn Bhd (kategori Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi); Universiti Teknologi Mara (kategori Reka Bentuk Perindustrian); Melvin Wong Huang (kategori Hak Cipta); dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan, Johor menjuarai kategori Perekacipta Perekacipta Muda Harta Intelek. Kesemua mereka membawa pulang hadiah wang tunai, piala atau medal WIPO dan sijil pengharagaan. Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi setiap lima kategori itu turut menerima hadiah wang tunai dan sijil penyertaan.

Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) diperkenalkan pada tahun 2006 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara. AHIN merupakan pengiktirafan kepada perekacipta / pencipta atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Sebanyak enam (6) kategori anugerah dipertandingkan iaitu Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik), Paten, Cap Dangangan dan Petunjuk Geografi, Reka Bentuk Perindustrian, Hakcipta, dan Perekacipta Muda Harta Intelek.

Pemenang Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN)


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZRAU~