UPM MENANG TEMPAT KEDUA AHIN 2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM MENANG TEMPAT KEDUA AHIN 2024

UPM MENANG TEMPAT KEDUA AHIN 2024

PETALING JAYA, 26 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai pemenang tempat Ke-2 Kategori Anugerah Platinum (Pembangunan Lestari Harta Intelek) AHIN 2024 Peringkat Nasional. UPM membawa pulang wang tunai RM20 000, piala pusingan, piala iringan serta sijil penghargaan daripada Badan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah menerima anugerah tersebut daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Mutiara, Menara MyIPO hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Putra Science Park, Prof. Dr. Samsilah Roslan, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan), Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman dan Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengurusan Harta Intelek) Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli. Putra Science Park (PSP) selaku pusat pengurusan bagi UPM yang terlibat dalam pengurusan harta intelek penyelidik UPM serta menjalankan aktiviti memasarkan dan pemindahan teknologi dan inovasi baharu hasil penyelidikan UPM.
Anugerah Pembangunan Lestari Harta Intelek yang juga anugerah platinum, merupakan anugerah tertinggi berjaya diperolehi oleh organisasi yang menunjukkan pengurusan harta intelek yang baik dan bertanggungjawab serta mempunyai strategi untuk menjaga dan mengguna semula sumber-sumber harta intelek mereka dalam jangka masa panjang.
Anugerah Harta Intelek Negara (AHIN) mula diperkenalkan pada tahun 2006 sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara anjuran MyIPO yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada organisasi, perekacipta atau pencipta atas pengurusan serta sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan sosio-ekonomi negara.
 
AHIN1

Tarikh Input: 03/05/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | wannuryani

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFSQAu~