UPM Pameran 14 Inovasi Di MAHA 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Pameran 14 Inovasi di MAHA 2022

UPM Pameran 14 Inovasi di MAHA 2022

 

SERDANG, 8 Ogos- Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil 14 produk inovasi dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang pada 8 hingga 14 Ogoso 2022. Pameran MAHA kali bertujuan untuk meningkatkan lagi aktiviti sektor pertanian di kalangan industri di Malaysia selepas pandemik yang merencatkan sektor industri makanan dan pertanian.

Putra Science Park (PSP) selaku penyelaras inovasi UPM telah mengenalpasti produk inovasi yang dipamerkan dikategorikan dalam tiga kategori iaitu ternakan, tanaman dan teknologi makanan.

Bagi MAHA kali ini, UPM telah mengetengahkan produk penyelidikan inovasi daripada pelbagai PTJ yang menggunakan kaedah pertanian pintar bagi menjayakan transformasi agro makanan.

Menurut Pn Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, Penyelaras pameran MAHA UPM, hasil produk UPM yang dipilih juga merupakan di antara teknologi yang sedang di dalam proses pengkomersilan oleh syarikat start-up UPM di bawah program InnoHub.

Sebanyak empat projek inovasi yang dipamerkan dalam kluster ternakan iaitu projek makanan ikan Fs Feed, TropiCarp Aquafeeds, Putra Red Talapia dan Porcine Rapid Amplification Kit.

Bagi kategori tanaman pula, terdapat enam inovasi dan teknologi daripada UPM yang dipamerkan iaitu System of Rice Intensification (SRI) Single Seedling Nursery Tray, SoilProp: Soil Properties Mapping System, Milagro Matado, PadiU Putra, Harvast - Photosynthesis Enhancer dan BioPellens: Baja Organik Serba Boleh Solusi pertanian moden anda.

Sementara itu, bagi kategori teknologi makanan pula sebanyak empat inovasi produk dan teknologi yang ditonjolkan seperti Orygold - Production of GBR (Germinated Brown Rice) as Neutraceutical and Functional Food, Appetit Ice Cream, Super Cosmos for Multipurpose Ingredients dan Kopi Rajawali: Caffeine-Free and Antioxidant-Rich Date Seed Coffee.

Pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu, kini berlangsung selama 11 hari di MAEPS sehingga 14 Ogos ini.

Orang ramai yang berminat boleh mengunjungi pameran UPM dan bertemu dengan pakar-pakar kami di Hall A, rerurai A14. – UPM

Tarikh Input: 16/08/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZRA0~