Osaka, 22 Julai 2025 - Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh kehadirannya di pentas antarabangsa menerusi penyertaan aktif dalam Ekspo 2025 Osaka, Jepun. Pada hari kedua ekspo tersebut, reruai UPM menerima kunjungan ramai pelawat antarabangsa yang berminat terhadap inovasi dan penyelidikan yang dipamerkan oleh universiti penyelidikan terkemuka Malaysia ini.
Kehadiran YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, menyerikan lagi suasana, diiringi oleh Prof. Dr. Samsilah Roslan, Pengarah Putra Science Park (PSP) dan Prof. Dr. Alyani Ismail, Pengarah Pusat Antarabangsa Putra (i-PUTRA).
Delegasi UPM berkesempatan beramah mesra dan berdiskusi dengan pelbagai pihak termasuk rakan industri dan pelabur berpotensi. Sepanjang lawatan, Prof. Dr. Samsilah Roslan turut memberi penerangan lanjut mengenai pelbagai produk inovatif yang dibangunkan oleh penyelidik UPM.
Penyertaan UPM dalam Ekspo 2025 Osaka ini mencerminkan komitmen universiti dalam memperluas impak penyelidikan serta memperkukuh jaringan strategik antarabangsa demi kemajuan sejagat.
Tarikh Input: 22/07/2025 |
Kemaskini: 22/07/2025 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA