UPM Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan Industri | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Perkukuh Kerjasama Strategik dengan Industri

UPM Perkukuh Kerjasama Strategik dengan Industri

SERDANG, 5 Disember – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Kejuruteraan (FK) memperkukuhkan kerjasama strategik dengan industri dalam bidang Kejuruteraan Awam, meliputi Kejuruteraan Trafik dan Pengangkutan, Pemodelan Maklumat Bangunan (Building Information Modelling, BIM), serta Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System, GIS).
 
Kerjasama dengan MinConsult Sdn. Bhd. ini membuka peluang penyelidikan inovatif dan memperluaskan pertukaran kepakaran antara pihak akademik dan industri, selaras dengan matlamat UPM untuk merapatkan jurang antara institusi pendidikan tinggi dengan sektor korporat.
 
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, menyifatkan kerjasama ini sebagai satu langkah strategik untuk memperkasakan pelajar dan meningkatkan keupayaan penyelidikan universiti.
 
“Kerjasama ini akan memberi manfaat besar dalam meningkatkan keupayaan penyelidikan, kolaborasi penerbitan, serta akses kepada peralatan dan data daripada projek-projek Minconsult. Usaha ini turut membawa suasana industri ke universiti, menjadikan pelajar lebih bersedia sebelum menyertai sektor pekerjaan.
"Saya berharap hubungan dengan industri seperti ini terus dipupuk dan diperluaskan ke bidang-bidang lain yang boleh memberi manfaat bersama. Universiti bukan sahaja tempat menimba ilmu, tetapi juga platform untuk mencipta perubahan yang bermakna," katanya.
 
Majlis meterai kerjasama strategik ini turut dihadiri oleh Pengarah Kualiti dan Kecemerlangan Minconsult Sdn. Bhd., Dato’ Ir. Wan Razali Wan Muda dan Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Prof. Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab Kadir.
 
 
Mungkin imej 9 orang dan teks

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | faizfarhan

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (05:24:50am-05:29:50am, 20 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]