Universiti Putra Malaysia (UPM) sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dalam bidang penyelidikan dan inovasi apabila berjaya meraih dua Pingat Emas dan dua Pingat Perak sempena International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2026), baru-baru ini. Kejayaan tersebut mencerminkan keupayaan penyelidik UPM dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi yang berpotensi memberi manfaat kepada masyarakat, industri dan negara.
Pingat Emas berjaya diraih oleh Prof. Madya Dr. Novia Indriaty Admodisastro serta Prof. Madya Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman menerusi hasil penyelidikan dan inovasi yang diketengahkan dalam pameran berprestij antarabangsa itu. Sementara itu, Pingat Perak pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Clare Chan Suet Ching dan Prof. Madya Dr. Thinagaran A/L Perumal yang turut mempamerkan inovasi berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan UPM dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan teknologi selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju dalam pembangunan ilmu dan teknologi. Pencapaian tersebut juga menjadi pemangkin kepada usaha memperluaskan jaringan kerjasama strategik antara universiti, industri dan komuniti antarabangsa dalam memacu agenda inovasi negara.

Tarikh Input: 20/05/2026 | Kemaskini: 20/05/2026 | faizfarhan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia