UPM Rangkul 3 Emas Dan Anugerah Khas HomeDec Di ITEX 2019 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019

UPM Rangkul 3 Emas dan Anugerah Khas HomeDec di ITEX 2019

KUALA LUMPUR,  4 Mei - UPM berjaya merangkul 3 pingat Emas dan 5 pingat perak berserta 1 anugerah khas di pameran dan pertandingan R&D sempena 30th International Invention & Innovation Exhibition 2019 (ITEX 2019) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 hingga 4 Mei 2019.

UPM telah menghantar 8 penyertaan pada pameran ITEX kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara. Majlis perasmian ITEX 2019 juga telah disempurnakan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim Dan Alam Sekitar (MESTECC).

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Prof. Dr. Nor Azah Binti Yusof (ITMA) dan Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman (Fakulti Sains), kerana telah memenangi pingat Emas. Selain itu, Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee daripada Fakulti Sains telah menerima Anugerah Khas iaitu HomeDec Award - Best Invention Household Product Category hasil daripada inovasi External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions. 

Menurut Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee, External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions  atau Smart Beads adalah teknologi penapis air pertama yang mampu mengesan dan memberi kadar bacaan pencemaran kuprum di dalam air paip kepada pengguna. Ini adalah antara ciri utama yang menjadikan teknologi ini unik sekaligus mendapat pengiktirafan khas daripada pihak HomeDec.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat masing-masing pada Malam Budaya Cipta, ITEX 2019 yang telah disampaikan oleh Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hock, Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS).

  1. Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Green Composite Wound Dressing, Pingat Emas
  2. Prof. Dr. Nor Azah Binti Yusof (Fakulti Sains), TB NanoSense Test Strip, Pingat Emas
  3. Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman (Fakulti Sains), Biosensor for Rapid Clenbuterol Detection, Pingat Emas
  4. Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein, (Institut Teknologi Maju (ITMA)), NANODERMA: A Potent Antifungal Nanodelivery System for Ganoderma Disease Treatment for Oil Palm, Pingat Perak
  5. Dr. Amir Syahir Bin Amir Hamzah (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Mercury Nano-Detector, Pingat Perak
  6. Prof. Madya Dr. Yusran Sulaiman (Institut Teknologi Maju (ITMA)), Layer-by-layer Assembled Composite Materials for Energy Storage, Pingat Perak
  7. Prof. Madya Dr. Janet Lim Hong Ngee (Institut Teknologi Maju (ITMA)), External Water Filter with Dual-Functional Photoelectrochemical Sensor-Adsorbent of Copper(II) Ions - Pingat Perak
  8. Dr. Haslina Ahmad (Fakulti Sains), Novel Fatty Acid Conjugated Tetrapeptide as A New Biological Active Molecule for Wound Treatment, Pingat Perak

Semoga pengiktirafan penyelidikan dan inovasi ini akan melonjakkan lagi pengkomersilan hasil penyelidikan UPM ke arah kemajuan masyarakat dan pembangunan negara.

 

Tarikh Input: 28/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1571598437