UPM Rangkul 6 Emas Di ITEX 2020 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020

UPM Rangkul 6 Emas di ITEX 2020

KUALA LUMPUR,  21 November - UPM telah merangkul 6 pingat Emas dan 2 pingat Perak serta 2 pingat Gangsa di pameran dan pertandingan R&D sempena 31th International Invention & Innovation Exhibition 2020 (ITEX 2020) yang diadakan secara dalam talian pada 20 hingga 21 November 2020.

ITEX yang merupakan pertandingan R&D ini kali pertama diadakan secara dalam talian sepenuhnya dan penjurian berdasarkan video teknologi yang telah dihantar.

Menurut Timbalan Pengarah (Promosi dan Pengkomersilan Inovasi) PSP, Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, UPM telah menghantar 10 penyertaan pada pameran ITEX kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara.

"UPM berjaya memperoleh kejayaan 100% penyertaan memenangi pingat pada ITEX 2020 yang disertai oleh lebih 500 penyertaan dari 15 negara ini" katanya lagi.

Majlis perasmian ITEX 2020 juga telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr Robiah Binti Yunus (Fakulti Kejuruteraan) yang memenangi 2 pingat Emas bagi teknologi berkaitan industri kelapa sawit, dan juga Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Ts. Dr. Mohd Shahrizal bin Dolah (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan) dan Dr. Latifah Omar (UPM Kampus Bintulu) masing-masing telah memenangi pingat Emas.

Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat masing-masing pada majlis pengumuman pemenang yang diadakan secara dalam talian.

 Pingat Emas

  1. Prof. Dr Robiah Binti Yunus (Fakulti Kejuruteraan), ROTADISC - Mesocarp And Drupe Nuts Separator For Sustainable Oil Recovery,
  2. Prof. Dr Robiah Binti Yunus (Fakulti Kejuruteraan), Vacuum Assisted Palm Oil Clarifier,
  3. Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Pineapple Leaves Fiber Extraction Blade for Extractor Machine,
  4. Ts. Dr. Mohd Shahrizal bin Dolah (Fakulti Rekabentuk dan Senibina), MagKlik© - Self Align Magnetic Bicycle Pedal System,
  5. Dr. Ahmad Haniff Jaafar (Fakulti Sains dan Teknologi Makanan), Antioxidant-rich Cosmos Powder: A Promising Adjuvant Theraphy for Diabetes,
  6. Prof. Dr. Osumanu Haruna (UPM Kampus Bintulu), Organic Amendment: A Promising Approach for High Crop Yield and Soil Health Restoration,

Pingat Perak

  1. Prof. Ir. Ts. Dr. Thariq bin Haji Hameed Sultan (Fakulti Kejuruteraan), Putra UAV: Novel Bio-Degradable Natural Fiber Composite Material for UAV Body
  2. Prof. Madya Dr. Zetty Norhana Balia Yusof (Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul), Vector VCP_OMPK_ZA1 and Vector VCP_OMPK_ZA2 for genetically modifying Nannochloropsis sp. as a vaccine delivery system,

 

Pingat Gangsa

  1. Prof. Madya Dr. Siti Salwa Abd Gani (Fakulti Pertanian), Date palm seed coffee, a high performance-enhancing beverage,
  2. Dr. Norhayu Asib (Fakulti Pertanian), Composition for suppressing pest infestation,

Menurut Pegawai penyelaras ITEX UPM, Asrizam Esam Pegawai Penyelidik PSP, pertandingan ITEX kali ini agak mencabar dimana penjurian dilakukan melalui video sahaja dan penyelidik UPM telah dapat menghasilkan video inovasi yang berkualiti dan menarik.

"Tahniah dan syabas penyelidik UPM, walaupun terdapat batasan kerja dan masa sewaktu PKP kumpulan penyelidik UPM bertungkus lumus menghasilkan video pertandingan yang berjaya memenangi hati juri", katanya lagi.

Semoga pengiktirafan penyelidikan dan inovasi ini akan melonjakkan lagi pengkomersilan hasil penyelidikan UPM ke arah kemajuan masyarakat dan pembangunan negara.

 

 

oleh Nor Azizah Ismail

#itex2020

 

Tarikh Input: 26/11/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXDdQAj~