UPM Rangkul Tiga Anugerah Di Selangor R&D Innovation Expo 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Rangkul Tiga Anugerah di Selangor R&D Innovation Expo 2022

UPM Rangkul Tiga Anugerah di Selangor R&D Innovation Expo 2022

Ditulis oleh: Aishah Hisamuddin

Oleh: Aishah Hisamuddin

9 Oktober, KUALA LUMPUR- Universiti Putra Malaysia (UPM) cemerlang dengan memenangi tiga anugerah di Selangor Research & Development Innovation Expo (SRIE)  2022 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre bermula 6 hingga 9 Oktober. 
 
UPM merekodkan kecemerlangan pada pameran kali ini dengan memenangi Johan dan Naib Johan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022 kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan tempat pertama bagi Kluster Teknologi Maklumat.
 
Penerima anugerah tempat pertama Kluster Teknologi Maklumat yang tersenarai sebagai pemenang adalah Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain dari Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat menerusi inovasi Z Wallet: aplikasi tanpa tunai yang selamat, fleksibel, dan teknologi blockchain yang mudah digunakan. 
 
Teknologi yang dibangunkan ini menyediakan para pengguna dengan proses transaksi wang tunai secara dalam talian yang selamat dan mudah sekaligus menggalakkan penggunaan dompet elektronik seiring dengan aspirasi negara ke arah Transaksi Tanpa Tunai. 


 
Selain itu, teknologi NET-PEAT : Sistem Pencegahan Dan Amaran Awal Kebakaran Tanah Gambut Menggunakan Sistem loT yang dibangunkan oleh Ketua Penyelidik, Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) bersama MIMOS menghasilkan sistem IoT di kawasan tanah gambut bertujuan untuk melengkapkan pengumpulan data tanah gambut manual. 



The Budders dari Pusat Pertanian Putra UPM turut meraih Naib Johan Anugerah Inovasi Selangor 2022 menerusi inovasi Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap : radas inovatif untuk teknik mengetut (marcotting) pokok. 
 
Pemenang tempat pertama Kluster Teknologi Maklumat membawa pulang wang tunai RM 10,000.00, manakala pemenang Johan membawa pulang RM 5, 000 dan Naib Johan RM 2,500 beserta sijil penyertaan. 
 
Hadiah disampaikan oleh Setiausaha negeri Selangor, Dato' Haris Kasim dalam Majlis 3rd Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) di sini, hari ini.
 
Putra Science Park selaku peneraju harta intelek UPM akan terus mengetengahkan inovasi dan teknologi UPM kepada industri dan orang ramai agar manfaatnya dapat dikongsi oleh komuniti seiring dengan usaha meningkatkan mutu hasil penyelidikan negara. 

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad. 

 

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEbMAE~