UPM Sertai Pameran Semarak Patriotik IPT | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM sertai pameran Semarak Patriotik IPT

UPM sertai pameran Semarak Patriotik IPT

Oleh: Aishah Hisamuddin

SUNGAI BESI, 15 September- Booth pameran UPM menjadi salah satu tarikan utama pelawat yang berkunjung ke Pameran Semarak Patriotik IPT sempena sambutan Hari Malaysia bertempat di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang  berlangsung selama 3 hari bermula 13 September 2022 sehingga 15 September 2022. 

Pameran tersebut turut disertai oleh beberapa universiti tempatan bertujuan mengetengahkan kekuatan universiti masing-masing terutama di dalam bidang penyelidikan.
Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Putra Science Park, sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan inovasi dan teknologi UPM telah mempamerkan inovasi yang dibangunkan oleh Ts. Dr. Intan Helina dari Institut Nanoteknologi (ION2) UPM pada acara kali ini. 

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan tema Mahasiswa Patriotik, Keluarga Malaysia turut merekodkan Malaysia Book of Record bagi penyertaan bacaan ikrar Rukun Negara paling ramai dengan penyertaan seramai 112, 413 peserta. 

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Dr Noraini Ahmad turut meluangkan masa berkunjung ke reruai UPM dan universiti lain bagi melihat sendiri hasil penyelidikan IPTA di samping bertanyakan perkembangan penyelidikan dan inovasi universiti awam. 

 

Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Putra Science Park berkata, "Kami berbangga dalam mempamerkan teknologi UPM dan meningkatkan pengiktirafan UPM sebagai salah satu institusi pengajian tinggi yang dinamik di dunia, dan kami berharap dapat berhubung dengan universiti dan industri lain bagi tujuan mengembangkan rangkaian perniagaan,". 

Seramai 3 orang staf dari Putra Science Park bersama seorang penyelidik terlibat menyertai pameran tersebut dan bertugas untuk memberi penerangan kepada pelawat berkenaan peranan Putra Science Park di dalam mengurus dan mempromosikan inovasi dan teknologi UPM di pelbagai peringkat. 

Program Semarak Patriotik IPT berakhir pada 15 September 2022 pada jam 5 petang dengan sambutan menggalakkan dari para pengunjung.  

 

 

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaVAL~