UPM Sertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga 1 Malaysia | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM Sertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga 1 Malaysia

UPM Sertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga 1 Malaysia





UPM SERTAI PAMERAN PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA 1 MALAYSIA 

 

7 Oktober 2022, SEREMBAN - Universiti Putra Malaysia (UPM) sertai pameran Program Jelajah Aspirasi Keluarga 1 Malaysia bertempat di Dataran Sri Jempol, Negeri Sembilan bermula 7 Oktober sehingga 9 Oktober. 

Program Jelajah Aspirasi Keluarga 1 Malaysia ini berlangsung selama 3 hari bermula 7 Oktober sehingga 9 Oktober dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung. 

UPM tidak ketinggalan turut serta dalam program jelajah kali ini dengan memfokuskan kepada Program Outreach UPM-KPT sebagai salah satu usaha pakar UPM berkongsi segala kepakaran yang ada kepada masyarakat setempat dan membantu mereka yang memerlukan.

Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata, kunjungan UPM pada Jelajah Aspirasi #KELUARGA MALAYSIA Siri ke-10 ini adalah satu inisiatif yang bagus  bagi pakar UPM berkongsi segala kepakaran yang ada kepada masyarakat setempat dan membantu mereka yang memerlukan.

Putra Science Park sebagai salah satu PTJ terlibat turut mengambil kesempatan ini berkongsi dan memberi pendedahan kepada komuniti setempat berkenaan Harta Intelek UPM dalam memastikan teknologi dan inovasi yang dibangunkan dapat menyediakan solusi terbaik kepada industri dan meningkatkan taraf hidup rakyat. 

UPM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan negara komited dalam memastikan hasil penyelidikan negara memenuhi keperluan rakyat selari dengan objektif program AKM yang menitikberatkan tiga teras utama iatu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran. 

Penglibatan Putra Science Park dalam siri jelajah kali ini terdiri daripada Pengarah PSP, Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pegawai Eksekutif 2, Pn Wan Nuryani dan Encik Mohd Hisham Omar terlibat menyertai pameran tersebut dan bertugas untuk memberi penerangan kepada pelawat berkenaan peranan Putra Science Park di dalam mengurus dan mempromosikan inovasi dan teknologi UPM di pelbagai peringkat.

Tarikh Input: 11/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEZNAG~