UPM - Uncle Chang's Dive Lodge Sasarkan Pengiktirafan Green Resort | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPM - Uncle Chang's Dive Lodge sasarkan pengiktirafan Green Resort

UPM - Uncle Chang's Dive Lodge sasarkan pengiktirafan Green Resort

SEMPORNA, 18 Ogos - Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris merasmikan majlis Pemerkasaan Industri anjuran UPM dan Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge untuk memperkukuhkan kerjasama keusahawanan hijau inovatif sejak dua tahun lalu.

Program UPM yang diterajui oleh Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM),  Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) dan Fakulti Perhutanan itu adalah hasil daripada Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program) tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia di Pulau Mabul, Semporna, Sabah.

 

Hasil kolaborasi pemindahan ilmu ini, sebanyak 10 inisiatif hijau telah dilaksanakan di Uncle Chang’s yang berusaha untuk mencapai matlamat 'Green Resort' sepenuhnya.

 

Pada majlis UPM melancarkan Manual 'On Job Training' (OJT) untuk digunapakai oleh bukan sahaja pihak operator pelancongan di Mabul, malah seluruh Sabah kelak.

OJT ini boleh menjadi satu garis panduan kepada para pengusaha ke  arah pencapaian industri hijau 'Trash to Cash'.

Uncle Chang juga menyumbang cek amanah sebanyak RM96,000 untuk Inisiatif Program Penghijauan Mabul kepada UPM dan disampaikan kepada Naib Canselor.

Ini merupakan sumbangan ketiga Uncle Chang untuk tujuan yang sama kepada UPM di mana sumbangan terdahulu berjumlah RM32,000.

Prof. Aini berkata Uncle Chang's Dive Lodge telah menunjukkan perubahan positif dalam usaha merintis operasi pelancongan yang 'lebih hijau dan mesra alam', kerana program itu memberi tumpuan kepada pengurusan sisa organik melalui kaedah permakultur dan pengurusan sampah bukan organik melalui kaedah kitar semula.

"Pelbagai usaha seperti membuat demonstrasi Fermented Plant Juice (FPJ) oleh pakar UPM, penubuhan pusat kitar semula, pengumpulan air penghawa dingin, mengitar semula botol plastik untuk pasu bunga telah digarap untuk pemasaran Pulau Mabul sebagai destinasi eko-pelancongan, dengan mengetengahkan operasi pelancongan hijau.

Majlis turut disaksikan oleh Pengarah Pelancongan Negeri Sabah, Awang Ahmad Zaki Abu Bakar; Pengerusi Lembaga Taman-Taman Sabah, Dato' Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood ;  Ketua Program, Prof. Madya Dr. Sridar Ramachandran, Dekan FRSB Prof. Madya LAr. Dr. Osman Mohd. Tahir, Dekan Fakulti Perhutanan, Prof. Dr. Mohamed Zakaria Hussin, Pengarah IKDPM Prof. Madya Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique  dan kumpulan penyelidik serta pelajar pasca siswazah UPM. - UPM

Tarikh Input: 21/08/2017 | Kemaskini: 21/08/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566449998