SERDANG, 21 Ogos – Putra Science Park (PSP),UPM dengan Kerjasama Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) ,UPM telah melancarkan produk inovasi Medical PPE Smart Box (MORUPM) yang merupakan rekaan bagi membantu petugas klinikal dalam Menyusun atur peralatan Personal Protective Equipment (PPE) di dalam pusat rawatan.
Ketua penyelidik , Tc. Mohd Morsal Bin Jenal dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) ,UPM berkata idea rekaan produk inovasi ini adalah terhasil daripada kekerapan penerimaan aduan penyelia jururawat yang acap kali menghadapi masaalah untuk mendapatkan peralatan Personal Protective Equipment (PPE) di bhagian klinikal dan wad.
“Medical PPE Smart Box (MORUPM) bukan sahaja menjadi tempat penyimpanan untuk peralatan Personal Protective Equipment (PPE) malah ianya dapat mengawal pengunaan secara tidak terkawal yang mana secara tidak langsung menyumbang kepada masalah pembaziran,” Katanya.
Tambah beliau, bahan rekaan inovasi MORUPM ini adalah sepenuhnya menggunakan aluminium kerana tidak mudah berkarat serta mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan bahan alkohol sahaja.
“MORUPM turut dilengkapi dengan alat penunjuk suhu, kelembapan dan jam di mana alat-alat ini penting kepada petugas klinikal kerana setiap bacaan suhu dan kelembapan di setiap wad perlu mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi mengelakkan serangan kulat berlaku yang boleh mendatangkan risiko kepada pesakit . Ini secara tidak langsung menggambarkan produk inovasi ini lebih mesra pengguna,” Katanya.
Dalam pada itu, MORUPM tersebut dapat menguruskan kecekapan pemakaian dan penggunaan Medical Personal Protective Equipment (PPE) yang praktikal serta di tempatkan pada sudut yang sentral. Dengan adanya inovasi ini juga dapat mewujudkan kualiti rawatan kepada pesakit yang lebih efektif dan mengutamakan kebersihan. Hasil penyelidikan produk inovasi ini adalah hasil kolaburasi diantara penyelidik UPM bersama Syarikat pembekar fasiliti hospital iaitu Ultimate Science Resources (M) Sdn. Bhd.
Sementara itu, Majlis Perasmian Pelancararan Produk Inovasi Medical PPE Smart Box (MORUPM) telah berlangsung di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),UPM, PPJ. Kehormat (PA) Prof. Dr. Zamberi Sekawi . Turut hadir merasmikan, Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM, Prof. Dr. Hamidon Basri dan Pengarah Putra Science Park , UPM, Prof. Dr. Samsilah Roslan.
Tarikh Input: |
Kemaskini: 22/08/2024 | faizfarhan
PERKONGSIAN MEDIA