UPMIOD Pemacu Inovasi Teknologi Sosial Sains | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » UPMIOD Pemacu Inovasi Teknologi Sosial Sains

UPMIOD Pemacu Inovasi Teknologi Sosial Sains

SERDANG, 23 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) memperkenalkan 13 inovasi baharu yang berpotensi untuk pengkomersilan berkaitan teknologi sosial sains hasil ciptaan penyelidik UPM.


Inovasi tersebut dipamerkan kepada pihak industri melalui program UPM Innovation Open Day (UPMIOD) Sosial Sains di Dewan Centre for the Advancement of Language Competence (CALC) UPM,dengan kerjasama Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Ekologi Manusia.

 

UPMIOD adalah salah satu aktiviti promosi yang berbentuk showcase atau mini pameran anjuran Putra Science Park (PSP) dengan kerjasama fakulti atau institut yang terlibat.

 

Penganjuran UPMIOD kali pertama pada tahun 2017 selepas penganjuran yang melibatkan teknologi kejuruteraan diadakan pada tahun 2016

 

Mengulas mengenai pengkomersilan dan promosi produk penyelidikan universiti, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, Dr. Mohamad Fakri Zaky Jaafar berkata IOD bukan sahaja mempromosikan pengkomersilan teknologi UPM tetapi menggalakkan perbincangan secara bersemuka antara penyelidik dan industri.

 

“IOD juga bermatlamat untuk menggalakkan pihak industri menjalinkan kerjasama dengan penyelidik di UPM dari segi penggunaan kepakaran, konsultansi dan sebagainya.

 

“Kebanyakan produk yang dipamerkan telah mempunyai hakcipta yang difailkan dan terdapat beberapa teknologi yang telah bersedia untuk dihasilkan pada skala besar dan seterusnya dikomersilkan,” katanya.

 

“Harapan kami adalah agar pameran produk penyelidikan ini dapat membuahkan hasil dari segi kerjasama bersama pihak industri dan dapat disalurkan kepada masyarakat”, tambahnya lagi.

 

Turut hadir adalah Prof.Madya Dr Faridah Qamaruz Zaman, Timbalan Pengarah Edupark Putra Science Park UPM yang telah merasmikan program ini.

Tarikh Input: 11/08/2017 | Kemaskini: 11/08/2017 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
C1571600418