Visi Dan Misi | PUTRA SCIENCE PARK sciencepark
» MENGENAI KAMI » PUTRA SCIENCE PARK » Visi dan Misi

Visi dan Misi

 

Putra Science Park (PSP) 

Merupakan pusat pengurusan inovasi bagi UPM atau dikenali juga sebagai pusat pemindahan teknologi UPM yang terlibat dengan aktiviti pemindahan teknologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan menggerakkan teknologi dan penyelidikan dari makmal ke pasaran. Putra Science Park (PSP) telah dijenamakan semula sebagai pusat pemindahan teknologi UPM pada tahun 29 Mac 2010 daripada asalnya iaitu Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UPM  yang ditubuhkan pada 1 April 2006.

Disinilah PSP berperanan di dalam membantu mendapatkan dan melindungi hasil penyelidikan UPM melalui proses perlindungan harta intelek (IP) dan mengenal pasti strategi pengkomersilan yang bersesuaian bagi harta intelek yang dihasilkan. PSP juga mempromosi dan memasarkan teknologi (IP) yang berpotensi untuk dikomersialkan kepada pihak industri melalui media elektronik, sidang akhbar, penerbitan berkala, pameran, showcase dan program padanan perniagaan kepada industri.

Selain membantu proses pengkomersialan, PSP telah membangunkan hub inkubator untuk membina dan membangunkan usahawan teknologi bagi universiti dari kalangan penyelidik UPM sendiri melalui syarikat pemula (start-up).
Seluruh warga PSP komited untuk menguruskan dan memartabatkan teknologi dan inovasi UPM  yang akan memberikan impak sosial dan juga pertumbuhan ekonomi negara.
PSP UPM juga merupakan ahli Innovation Technology Managers Association (ITMA) sejak tahun 2014.

  ~ MENERAJU INOVASI ~

 

Visi

Menjadi pusat pemindahan teknologi universiti bereputasi antarabangsa

 

Misi

Memberi sumbangan bermakna kepada pembentukan kemajuan kekayaan negara serta pembangunan manusia menerusi pemindahan teknologi

 

Nilai

Ihsan, Kepelbagaian dan Kelestarian

 

  • IHSAN merangkumi setiap amal perbuatan atau pekerjaan yang baik, yang dilaksanakan dengan betul, mahir, efisien dan cekap. Ia bertujuan untuk mencapai kesempurnaan, mempunyai kualiti yang tinggi, serta mendukung kecemerlangan dalam setiap amalan. Ihsan akan menjadi nilai teras yang membentuk budaya integriti yang tinggi dalam kalangan warga UPM. Melalui penghayatan dan amalan nilai Ihsan ini, warga UPM dapat menzahirkan nilai-nilai murni sejagat yang menjadi pegangan selama ini, iaitu amanah, adil, benar dan telus, bijaksana, bersyukur dan bersabar, cekap, cepat dan tepat, ikhlas, penyayang, berdisiplin, bersih, bertanggungjawab dan berdedikasi. Sesungguhnya, mencipta kecemerlangan adalah tanggungjawab semua komuniti UPM yang direncanakan dalam bentuk kerjasama kolektif, merentasi pelbagai sempadan perkhidmatan, dan impaknya ialah keunggulan imej dan reputasi universiti.

 

  • KEPELBAGAIAN didefinisikan sebagai kekayaan sumber dalam UPM yang berupaya merancakkan kecemerlangan. Kepelbagaian disiplin ilmu, tenaga kepakaran, budaya, bakat dan perkhidmatan yang disokong oleh persekitaran kualiti dan integrasi komuniti yang kukuh telah membina kekuatan dan keunikan UPM dalam sektor pengajian tinggi. Sesungguhnya, UPM yakin dan percaya bahawa kepelbagaian akan meningkatkan kualiti hidup, mencambahkan penerokaan ilmu, dan sekali gus dimanfaatkan untuk menjanakan rangkaian strategik yang menghasilkan kekayaan untuk kemakmuran masyarakat dan kemajuan negara. 

 

  • KELESTARIAN perkhidmatan pendidikan tinggi yang telah dan sedang dibangunkan perlu bersifat lestari, relevan dengan keperluan masa hadapan, berupaya memajukan ilmu dan dapat membangunkan modal insan untuk kemajuan negara. Oleh itu, usaha membangunkan urus tadbir yang baik, membudayakan kecemerlangan, memanfaatkan kepelbagaian, melaksanakan pengurusan inovatif dan menghasilkan inisiatif perkhidmatan pendidikan tinggi yang berimpak tinggi dan membudayakan amalan kelestarian hijau untuk pembangunan mampan adalah penting supaya UPM terus berupaya menyumbang kepada pembangunan modal insan bertaraf global.

 

Kemaskini:: 05/05/2025 [asrizam]

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691294
03-89464121
X, (04:12:25am-04:17:25am, 21 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]