Profil Pengarah | PUTRA SCIENCE PARK
» MENGENAI KAMI » PUTRA SCIENCE PARK » Profil Pengarah

Profil Pengarah

PROFESOR DR SAMSILAH ROSLAN

PENGARAH, PUTRA SCIENCE PARK UPM

Bidang Kepakaran - Psikologi Pendidikan

 


Prof. Dr. Samsilah Roslan telah terlibat secara aktif dalam promosi dan pengkomersilan inovasi UPM selama lapan tahun di UPM. Sebagai Pengarah Putra Science Park, beliau telah membangunkan satu kumpulan ahli perniagaan, ahli akademik, IP dan pakar-pakar pemindahan pengetahuan yang  berdedikasi ke arah bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan di dalam menyediakan inovasi kepada orang ramai. Sehingga kini (Mac 2017), UPM telah mengumpul lebih daripada 2,000 harta intelek, telah berjaya mengkomersialkan sejumlah 134 inovasi dan mencapai lebih daripada RM58 juta dalam jualan kasar.

Putra Science Park, UPM kini menempatkan 52 syarikat permulaan dengan 12 syarikat start-up telah berjaya mendapatkan lebih RM6.8 juta dalam permodalan dalam masa 2 tahun. Ekosistem inovasi dan pengkomersilan yang kukuh di UPM sangat wajar di mana UPM telah dinobatkan 5 kali anugerah kebangsaan untuk organisasi terbaik di dalam pengurusan harta intelek oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Prof. Dr. Samsilah Roslan telah dilatih dan mendapat pensijilan dalam perlindungan harta intelek dan pengkomersilan dari Akademi Pelesenan, Pusat Pengajian Undang-undang, University of California Davis, dan juga telah menyiapkan satu siri latihan dengan Institut Penyelidikan Stanford International (SRI), California.

Prof. Dr. Samsilah Roslan juga terlibat dalam penubuhan Innovation and Technology Managers Association (ITMA) di Malaysia, dan merupakan setiausaha ITMA sebelum dipilih sebagai presiden. Beliau terlibat secara aktif dalam menyelaras pembangunan pelbagai modul latihan untuk profesional pemindahan teknologi di Malaysia dengan sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).

 

 

Sumber video : Steinbeis's Media Production of The Steinbeis Expert Series

 

Kemaskini:: 21/06/2018

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566364489