Program Lawatan Sambil Belajar Maktab Sultan Abu Bakar Johor Ke Edu-Park UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Program Lawatan Sambil Belajar Maktab Sultan Abu Bakar Johor ke Edu-Park UPM

Program Lawatan Sambil Belajar Maktab Sultan Abu Bakar Johor ke Edu-Park UPM

Program Lawatan Sambil Belajar Maktab Sultan Abu Bakar Johor ke Edu-Park UPM

12 Oktober 2022, SERDANG – Muzium Anatomi Edu-Park, Putra Science Park menerima seramai 20 pelawat yang terdiri daripada pelajar Maktab Sultan Abu Bakar Johor sempena Program Lawatan Sambil Belajar pada 12 Oktober 2022.

Melalui program tersebut, para pelajar didedahkan dengan sistem anatomi dan fisiologi tubuh manusia bertempat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Muzium Anatomi dan Fisiologi tubuh manusia merupakan salah satu salah satu lokasi di bawah Seksyen Edu-Park yang dibangunkan khusus dengan .odul pembelajaran yang menerapkan konsep belajar sambal bermain untuk setiap peringkat umur.

Menurut Pegawai Penyelidik Seksyen Edu-Park, Norhidayah Mat Halid berkata, Edupark mempunyai peranan tersendiri dalam menarik minat dan perhatian para pelawat untuk belajar menerokai sistem tubuh badan manusia dengan cara yang santai tetapi bersifat informatif.

Melalui teknik pembelajaran secara santai ini, para pelawat yang berkunjung ke lokasi edu-park bukan sahaja dapat menikmati pengalaman secara hand on experience dengan petugas muzium tetapi juga meningkatkan ilmu pengetahuan yang melibatkan deria sensori teknik pembelajaran yang menggabungkan konsep teori dan fizikal dengan memenuhi aspek pendengaran, pemerlihatan, percakapan dan pergerakan.

Modul sistem anatomi dan fisiologi ini merangkumi system otot dan rangka, system penafasan, system penghadaman dan perkumuhan, system peredaran darah dan system pembiakan manusia.

Modul pembelajaran sambil belajar ini merupakan salah satu usaha UPM untuk menyediakan tarikan sambil meningkatkan ilmu pengetahuan terutama kepada para pelajar seiring dengan aspirasi Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan mutu Pendidikan negara dengan menggalakkan interaksi di antara pelajar.

Program lawatan ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan sambutan menggalakkan diterima dari para pelawat.

 

 

Tarikh Input: 28/10/2022 | Kemaskini: 28/10/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEYQAs~