Inovasi yang berjaya dikomersialkan bukan sekadar produk atau teknologi baharu, tetapi merupakan solusi nyata kepada cabaran kelestarian dan kesejahteraan rakyat. Daripada sektor pertanian, kesihatan, alam sekitar hingga kepada pembangunan komuniti, setiap inovasi membawa nilai tambah yang mampu meningkatkan kualiti hidup serta menyokong pembangunan mampan secara menyeluruh. Apabila inovasi ini memasuki pasaran, impaknya dapat dirasai secara langsung oleh masyarakat dan industri.
Bagi memastikan inovasi ini terus berkembang dan dikenali, PSP turut memberi sokongan dari aspek keterlihatan dan promosi. Penyelidik yang telah berjaya mengkomersialkan inovasi akan ditawarkan bantuan melalui Seksyen Pemasaran Inovasi untuk memperluaskan hebahan. Usaha ini merangkumi promosi di media sosial, liputan akhbar tempatan serta siaran di televisyen nasional, sekali gus membuka peluang kepada inovasi untuk mendapat pengiktirafan lebih luas dan mencapai impak yang lebih besar.
Selain itu, seksyen ini juga berperanan dalam mengurus penyertaan pertandingan inovasi di peringkat universiti dan luar, serta penyelarasan pameran inovasi. Melalui platform pertandingan dan pameran ini, inovasi penyelidik dapat diketengahkan kepada pelabur, industri dan masyarakat umum, sekali gus meningkatkan potensi pengkomersialan dan jaringan kerjasama strategik.