Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» PENYELIDIK » DANA PENGKOMERSILAN » Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM

Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM


Unit Pengurusan Geran Komersil, Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM akan membuka tawaran Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) untuk tahun 1/2023.

MATLAMAT:

Geran ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.

SASARAN:

Geran ini ditawarkan kepada penyelidik UPM (staf akademik dan bukan akademik) untuk menambah baik dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik pihak industri, rakan kongsi atau pelabur.

KELAYAKAN:

  • Teknologi telah mempunyai perlindungan harta intelek
  • Kesediaan teknologi pada tahap TRL 5 atau TRL 6
  • Mempunyai sasaran pasaran yang telah dikenalpasti
  • Berpotensi tinggi untuk dikomersilkan
  • Mempunyai rakan industri yang berhasrat untuk megkomersilkan produk inovasi yang dibangunkan.

 

FAEDAH

Peruntukan sehingga RM 100,000.00 setiap projek

  • Projek maksima sehingga 1 tahun

 

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

Noor Fadilah Ayu BintI Wichi : 03-97692183, fadilah@upm.edu.my

 

Garis Panduan Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan 
>> GPPP 2023

 Borang Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan boleh dimuat turun di: 
>>
 https://sciencepark.upm.edu.my/faildokumen

  

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 Oktober 2023

PENGAMBILAN TERHAD.

Kemaskini:: 11/10/2023 [asrizam]

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SWMLXAW~