PROMOSI & PAMERAN | PUTRA SCIENCE PARK
» PENYELIDIK » PROMOSI & PAMERAN

PROMOSI & PAMERAN

Penyelidik yang telah mendapat perlindungan harta intelek, perlu menyediakan bahan promosi teknologi berkenaan bagi memudahkan komunikasi bersama rakan industri yang berpotensi.

Maklumat bahan promosi teknologi dalam bentuk  ⇓  POSTER TEKNOLOGI  UPM   termasuk menentukan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL) perlu dilengkapkan oleh penyelidik supaya teknologi  dapat dipromosikan melalui laman web dan lain-lain media.

Seterusnya, penyelidik selaku pakar teknologi, perlu berkomunikasi dan mempromosikan teknologi berkenaan kepada rakan industri yang berpotensi melalui pelbagai platform termasuk seminar dan jaringan industri.

PSP membantu penyelidik UPM menyediakan bahan promosi teknologi, seterusnya membantu mempromosi dan memasarkan hasil penyelidikan dan inovasi UPM kepada pihak industri dan pemegang taruh UPM melalui pelbagai platform.

 

Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP akan membantu menghasilkan bahan promosi teknologi, mempromosikan teknologi dan mengaturkan perbincangan bersama pihak industri yang berpotensi. 

Sila rujuk senarai aktiviti (pada paparan utama) bagi program promosi dan pemasaran inovasi yang diadakan atau disertai oleh pihak UPM.
PSP turut menyelaras penyertaan penyelidik UPM bagi menyertai pameran dan pertandingan R&D (yang mendapat pengiktirafan MyRA seperti MTE, ITEX dan PECIPTA.
Pelawaan penyertaan akan dibuka melalui Pejabat Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti atau Pengarah Institut.

Syarat asas bagi menyertai pameran dan pertandingan R&D   :

i. Telah mempunyai perlindungan harta intelek (paten/copyright/ID/dll) - hak milik UPM sahaja;
ii.  Mempunyai potensi untuk dikomersilkan dan minat daripada industri
iii. Mempunyai prototaip/model atau projek yang mesra alam (RoHS compliant, recyclable, reusable, renewable)
iv. Memenuhi kriteria penghakiman (mengikut pameran)
v. Memberikan komitmen sepanjang tempoh pameran selama 2 hari 

 

Maklumat tambahan

- Sebarang anugerah/pingat pertandingan R&D yang dimenangi oleh penyelidik UPM berkaitan projek penyelidikan/harta intelek, hendaklah di maklumkan kepada PSP, untuk tujuan pelaporan KPT/MYRA.

 


Maklumat lanjut:

Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi
Putra Science Park (PSP)
Tel : 03-9769 1254
Emel : promosi@upm.edu.my

Kemaskini:: 08/05/2023 [asrizam]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdQAp~