Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM (GPPP) | PUTRA SCIENCE PARK
» PENYELIDIK » DANA PENGKOMERSILAN » Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM (GPPP)

Geran Pembangunan Produk Penyelidikan UPM (GPPP)

Unit Dana Komersil, Putra Science Park (PSP), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) (TNCPI), UPM akan membuka tawaran Geran Pembangunan Produk Penyelidikan (GPPP) setiap tahun kepada semua pegawai akademik UPM.

Tawaran GPPP Batch 7 Tahun 2025

MATLAMAT:


Geran ini akan membantu penyelidik mengenalpasti kehendak pasaran dan mengurangkan risiko pelabur dalam membiayai projek/teknologi berisiko tinggi ke arah pengkomersilan. Ia akan digunakan bagi melonjakkan sesuatu teknologi atau perkhidmatan yang tertentu ke arah pengkomersilan.

SASARAN:

Geran ini ditawarkan kepada penyelidik UPM (staf akademik dan bukan akademik) untuk menambah baik dan memajukan hasil penyelidikan ke arah pra-pengkomersilan, supaya ia dapat bergerak dengan lebih dinamik, bagi menarik pihak industri, rakan kongsi atau pelabur.

KELAYAKAN:

  • Teknologi telah mempunyai perlindungan harta intelek;
  • Kesediaan teknologi pada tahap TRL 5 atau TRL 6;
  • Mempunyai sasaran pasaran yang telah dikenalpasti;
  • Berpotensi tinggi untuk dikomersilkan;
  • Mempunyai rakan industri yang berhasrat untuk mengkomersilkan produk inovasi yang dibangunkan.

 

FAEDAH:

  • Peruntukan sehingga RM 100,000.00 setiap projek.
  • Projek maksima sehingga 1 tahun.

 

Garis Panduan Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan 

 >> Garis Panduan GPPP (kemaskini 2025)

 

Borang Permohonan Geran Pembangunan Produk Penyelidikan

>> https://sciencepark.upm.edu.my/faildokumen

 
*PENGAMBILAN ADALAH TERHAD*


Pengumuman Lepas

9 Oktober 2024           Tawaran Permohonan GPPP 2/2024 

 


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Dana Komersil
Seksyen Koporat dan Hubungan Strategik
Pn. Norliyana Abd Karim (03-9769 1627, norliyana_karim@upm.edu.my)

Kemaskini:: 19/05/2026 [norliyana_karim]

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
W, (12:23:33pm-12:28:33pm, 22 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]