Event Title
BENGKEL PERANCANGAN PANGKALAN DATA INDUK PSP 2025 BERLANGSUNG LANCAR
Date
20 Jan 2025 - 20 Jan 2025
Event Summary
Putra Science Park (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Data Induk PSP 2025, yang berlangsung pada 20 Januari 2025. Bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh strategi pengurusan data induk serta meningkatkan kecekapan operasi di PSP.
Bengkel yang diadakan di PSP UPM ini telah menghimpunkan seramai 20 pegawai daripada pelbagai seksyen, termasuk Seksian Pentadbiran, Seksyen Pemindahan Teknologi, Seksyen InnoHub, serta Seksyen Promosi dan Pengurusan Harta Intelek. Kesemua peserta telah terlibat secara aktif dalam sesi perbincangan dan perancangan bagi memastikan sistem pengurusan data induk lebih tersusun dan efektif.
Updated:: 21/01/2025 [faizfarhan]