Event Title
Mesyuarat Kerjasama Projek Carbon Credit UPM
Date
07 Mar 2025 - 07 Mar 2025
Event Summary
Putra Science Park (PSP) UPM mengadakan mesyuarat bersama MoreADD Sdn. Bhd. dan Carbon Vault bagi membincangkan potensi kerjasama dalam projek Carbon Credit.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nur 'Aliaa Abdul Rahman, Timbalan Pengarah (Pembangunan Perniagaan), PSP UPM, dan dihadiri oleh Dato' Dzulkifly Abd Wahab (Carbon Vault), Encik Goay (MoreADD), serta Dr. Mohd Hazane Yacob (MoreADD).
Pihak industri melihat UPM sebagai rakan strategik kerana memiliki aset perhutanan dan aktiviti perladangan yang berpotensi dalam inisiatif kredit karbon, yang bertujuan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG).
Updated:: 07/03/2025 [faizfarhan]