Roadshow Putra Science Park To Faculty Of Science | PUTRA SCIENCE PARK
» ACTIVITIES » VPP3231 Veterinary Physiology I Learning Outcome T cell mediated immunity english

Event Title
Roadshow Putra Science Park to Faculty of Science
Date
01 Feb 2024 - 01 Feb 2024
Time
08.00 - 05.00
Location
Faculty of Science
Event Summary
Putra Science Park (PSP) telah memulakan siri pertama jelajahnya bagi Roadshow PSP ke seluruh Universiti Putra Malaysia. Fakulti Sains merupakan lokasi pertama bagi siri Roadshow PSP kali ini. Seramai 15 orang penyelidik dari Fakulti Sains telah menyertai Roadshow kali ini. Roadshow PSP ini bertujuan untuk meningkatkan permohonan harta intelek dan memaklumkan fungsi PSP dalam menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi universiti. Prof. Dr. Rusmawati Said yang merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Harta Intelek) memulakan sesi pertama taklimat yang bertajuk ‘Perlindungan Harta Intelek’ diikuti dengan taklimat ‘Pengkomersilan Harta Intelek’ oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah (Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi). Penyelaras InnoHub PSP, Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli turut hadir bagi memberikan taklimat berkenaan program InnoHub yang merupakan program pembangunan syarikat start-up bagi mengkomersilkan teknologi UPM. Diharap semua peserta mendapat manfaat dari siri jelajah ini. Putra Science Park akan terus menjalankan aktiviti seumpama ini bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyelidik dan memupuk minat untuk mengkomersilkan teknologi dan inovasi UPM.

Updated:: 11/02/2024 [nuradhilah]

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
F, (11:27:39am-11:32:39am, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]