Event Title
UPM dan Delegasi Sarawak Jalin Kerjasama dalam Industri Akuakultur dan Keterjaminan Makanan
Date
13 Feb 2025 - 13 Feb 2025
Event Summary
Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi pentadbiran Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan) Sarawak, Datuk Dr. Haji Abdul Rahman Haji Ismail.
Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah Putra Science Park (PSP), UPM, Prof. Dr. Samsilah Roslan di Bangunan PSP, sebelum mengadakan perbincangan mengenai peluang kerjasama dalam aspek keterjaminan makanan serta pembangunan industri penternakan akuakultur. Lawatan diteruskan ke Stesen Penyelidikan Akuakultur UPM, di mana delegasi diberikan taklimat berkenaan operasi stesen serta aspek perlesenan bagi membawa benih Tilapia Putra Red UPM ke Sarawak.
Updated:: 14/02/2025 [faizfarhan]