DASAR HIJAU UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM): PERANAN PUTRA SCIENCE PARK (PSP) DALAM KELANGSUNGAN KELASTARIAN 🌿ðŸŒ
Universiti Putra Malaysia (UPM) komited dalam usaha memelihara alam sekitar serta mencapai kelestarian melalui pelaksanaan Dasar Hijau UPM. Dasar ini dirangka bagi memastikan amalan mesra alam diterapkan dalam setiap aspek pengurusan, penyelidikan, dan pembangunan universiti, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Sebagai pusat pemindahan teknologi dan inovasi di UPM, Putra Science Park (PSP) memainkan peranan penting dalam memperkasa Dasar Hijau UPM dengan:
✅ Memperkenalkan teknologi hijau – Memasarkan inovasi lestari hasil penyelidikan UPM yang menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
✅ Menghubungkan industri dengan penyelidikan hijau – Menggalakkan kerjasama strategik dalam pemindahan teknologi hijau kepada sektor industri dan masyarakat.
✅ Menganjurkan program kesedaran dan kelestarian – Seperti Program Kesedaran Alam Hijau PSP, gotong-royong hijau, dan seminar berkaitan kelestarian.
✅ Menggalakkan pembangunan produk mesra alam – Memastikan inovasi yang dihasilkan oleh penyelidik UPM sejajar dengan prinsip kelestarian dan ekonomi hijau.
Melalui pelaksanaan dasar ini, UPM terus melangkah sebagai institusi pendidikan tinggi yang menerajui inisiatif hijau, dengan Putra Science Park (PSP) sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh agenda pembangunan lestari.

Updated:: 26/02/2025 [faizfarhan]

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia