Kerjasama UPM Industri | PUTRA SCIENCE PARK
» INDUSTRI » PENGKOMERSILAN TEKNOLOGI » Kerjasama UPM Industri

Kerjasama UPM Industri

PSP yakin terhadap manfaat dan kepentingan pemindahan teknologi dalam mengkomersilkan teknologi UPM dengan menggalakkan kerjasama penyelidikan dengan pihak industri sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. PSP memulakan dan mewujudkan interaksi, pembentangan dan rundingan dengan pelbagai industri bagi pihak UPM dengan penglibatan penyelidik.

Ia adalah misi PSP untuk memindahkan teknologi dari makmal ke pasaran yang akan memberi manfaat kepada masyarakat. PSP bekerjasama dengan penyelidik UPM untuk menarik pihak  korporat yang boleh membawa teknologi dan penemuan kepada pasaran melalui perjanjian pelesenan teknologi.

Kaedah Pengkomersilan UPM - Industri (Syarikat)

1) Perlesenan Teknologi (paten/rekabentuk industri/copyright/know-how)

      - Jenis Lesen: Eksklusif, Non eksklusif
      - Yuran termasuk: Yuran Perlesenan, Royalti dan Lain-lain faedah

2) Penjualan IP (penjualan hak milik harta intelek UPM)

 

Keperluan syarikat;

     - Profile Syarikat
     - Borang 24 dan 49

Hubungi pejabat kami bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kerjasama atau pertanyaan mengenai kepakaran penyelidik dan perkhidmatan makmal UPM.


Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi,
Putra Science Park,
Universiti Putra Malaysia
Tel: 03-89471254/1294
Emel: promosi@upm.edu.my

Kemaskini:: 14/10/2018

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691254
03-89464121
B1566365710