New Application | PUTRA SCIENCE PARK
» INNOHUB » INNOHUB PROGRAM » New Application

New Application

 

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Seksyen InnoHub, Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia telah membuka Tawaran Pengambilan Program InnoHub / Geran Validasi Pasaran (InnoHub) bagi Kohort Mac 2026.

GERAN YANG DITAWARKAN SEHINGGA RM100,000

Apakah itu Program InnoHub?
Program InnoHub merupakan program yang membolehkan pereka cipta melaksanakan kajian validasi pasaran secara terpimpin (guided market validation research) ke atas harta intelek UPM.

Kajian validasi pasaran yang berjaya akan menyumbang kepada pengkomersilan harta intelek melalui syarikat pemula yang dibimbing di bawah Program InnoHub.

Bagi membiayai kajian validasi pasaran, pihak UPM menyediakan geran khas yang dinamakan Geran Kajian Validasi Pasaran (InnoHub).

Proses Pengambilan
1. Taklimat Program InnoHub dan Geran Kajian Validasi Pasaran (InnoHub) – Telah dilaksanakan pada 27 Disember 2025 (Rujuk Rakaman dan Slaid)
2. Pengisian Borang Permohonan (Tarikh Tutup 31 Disember 2025)
3. Taklimat Persediaan Sesi Penilaian Projek
4. Sesi Penilaian Projek
5. Pengumuman Keputusan Projek yang Berjaya

INFO LANJUT
🔗 Info Lanjut Program InnoHub/ Geran Validasi Pasaran (InnoHub):
https://drive.google.com/drive/folders/1_2e3ksjrlEvW6XV0y4MB0wdlTvrumwA1?usp=drive_link

🔗 Borang Permohonan Program InnoHub/ Geran Validasi Pasaran (InnoHub): https://drive.google.com/drive/folders/1bbOdDGaC2FUc9FsergmnSgSP6p8on5Wd?usp=drive_link

🔗 Rakaman dan Slaid Taklimat Program InnoHub/ Geran Kajian Validasi Pasaran (InnoHub) :
https://drive.google.com/drive/folders/1T3gXG2reRI5jDVedoEMIz4cdywfuqnnz?usp=drive_link

PERTANYAAN KEPADA URUSETIA
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Noor Fadilah Ayu Wichi – 03-9769 2183 | fadilah@upm.edu.my
Puan Norazaidah Yahaya – 03-9769 2181 | norazaidah@upm.edu.my
Puan Zuraini Mat – 03-9769 2184 | zuraini_upm@upm.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 DISEMBER 2025

Pihak kami amat menghargai kerjasama YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada semua staf di PTJ masing-masing.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERILMU BERBAKTI”

Saya yang menjalankan amanah,

Seksyen InnoHub
Putra Science Park (PSP)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor

 

 

 

 

Updated:: 09/01/2026 [faizfarhan]

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
Z, (02:36:41am-02:41:41am, 28 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]