TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INNOHUB BATCH 2/2022
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa InnoHub, Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM akan membuka Tawaran Permohonan Program InnoHub bagi Batch 2 tahun 2022.
Apa itu InnoHub?
InnoHub adalah hub validasi pasaran UPM yang pertama, memupuk bakat keusahawanan menerusi program bimbingan syarikat permulaan (startup)
Matlamat
Matlamat program InnoHub adalah untuk menjayakan pengkomersilan inovasi berasaskan teknologi UPM secara proaktif dan dinamik
FAEDAH Geran Validasi Pasaran sehingga RM100,000
Tempat di inkubator InnoHub
Akses kepada fasiliti InnoHub
Mentor & Latihan Kelas merangkumi pelbagai topik
Akses untuk pitching kepada pelbagai dana luar
dan banyak lagi faedah
KELAYAKAN Staf Akademik, dan Staf Bukan Akademik;
Telah mendapat perlindungan Harta Intelek
Projek yang mempunyai potensi untuk dikomersilkan
Mempunyai anggota kumpulan minimum 2 orang (1 Penyelidik & 1 Ketua Pegawai Eksekutif)
PENGAMBILAN Taklimat Pengambilan Program InnoHub
Isi Borang Permohonan Program InnoHub
Sesi Pitching kepada Panel Penilai
Terima Tawaran Program InnoHub
Bersama-sama ini dilampirkan pautan borang Tawaran Program InnoHub yang perlu diisi bagi yang berminat selewat-lewatnya pada 27 Januari 2023 :
BORANG PERMOHONAN PROGRAM INNOHUB BATCH 2/2022
PENGAMBILAN TERHAD!
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh berhubung dengan Puan Norazaidah Yahaya di talian 012- 2636313/ 03-9769 2181 email norazaidah@upm.edu.my atau Puan Zuraini Mat di talian 012- 3419580/ 03-97692184 email zuraini_upm@upm.edu.my
Kemaskini:: 05/01/2023 [asrizam]
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia