Green Initiative Program And CIC | PUTRA SCIENCE PARK
» ABOUT US » OUR GOAL » Green Initiative Program and CIC

Green Initiative Program and CIC

 Program Inisiatif Hijau

Program Bebas Dawai

Program ini merupakan aktiviti yang dirancang bagi melengkapkan perlaksanaan inovasi yang telah dibangunkan oleh Kumpulan KIK Langit Putra. Kumpulan KIK Langit Putra merupakan kumpulan KIK daripada Pejabat TNCPI dan PSP telah mereka cipta inovasi Skyridder iaitu alat yang digunakan untuk mengatasi masalah kesukaran membuang dawai lama dan serpihan kayu pada tiang lampu di sekitar UPM.

Dawai lama yang berkarat berserta cebisan sampah/kayu gegantung (bunting) yang tertinggal pada tiang lampu di sekitar jalan utama UPM akan menyukarkan kerja pemasangan gegantung yang baharu dan turut mencemarkan persekitaran alam sekitar di UPM. Ini akan turut menjejaskan imej kebersihan di UPM yang telah mendapat pengiktirafan “Green Campus”.

Kumpulan telah membentangkan inovasi ini kepada pihak CoSComm UPM dan COSCOMM bersetuju untuk menguji Skyridder sebagai salah satu validasi pasaran dan penyeragaman penggunaan alat ini di UPM.

Objektif Program

  1. Memudahkan proses pemasangan bunting baharu bagi program UPM
  2. Memudahkan proses pembuangan dawai lama pada tiang lampu
  • Mempercepatkan masa pembuangan dawai lama pada tiang lampu
  1. Memastikan keselamatan pekerja semasa kerja pembuangan dawai dilaksanakan terjamin
  2. Memelihara kebersihan, keindahan dan kehijauan kampus UPM
  3. Menguatkuasakan penggunaan Skytider dan menghalang dawai lama ditinggalkan pada tiang lampu oleh COSCOMM

 

Impak Dan Faedah Kepada Universiti

  • mengurangkan masalah dawai karat lama yang mengotorkan persekitaran dan keindahan UPM
  • Memudahkan proses pemasangan bunting akan datang
  • menyokong dasar Green Campus UPM

 

 


 

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

 

KUMPULAN LANGIT PUTRA

Penubuhan Kumpulan : 2016

Ahli : 8 orang

Ahli Kumpulan

  1. Asrizam Esam (K)
  2. Norliyana Kamarudin (SU)
  3. Hafliza Hussin (Pen. SU)
  4. Norazlin Monir (Bendahari)
  5. Muhammad Izzat Nor Adzmi (Teknikal)
  6. Mohammad Hisham Omar (Teknikal)
  7. Mohd Mas’ataillah Ismail (IT)
  8. Hasliza Zakaria (Fasi) 2020
  9. Shahriman Hashim (Fasi) 2016-2019

 

Kejayaan

 

  1. Anugerah Emas

Regional Convention on Team Excellence (RISTEX) Wilayah Tengah 2020
- Skyridder – alat pemotong dawai di tiang lampu

 

  1. Pingat Gangsa

Malaysia Technology Expo 2020, PWTC
- Skytider – Hanging and Mounting Device

     

  1. Penarafan 3 Bintang

Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2019
- Skytider – Alat Penggantung Banting di Tiang Lampu

 

  1. - Anugerah Emas,                                   

- Anugerah Persembahan Terbaik (Teknikal)   
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -15, UTEM 2019
Projek Kesukaran Membuang Dawai Lama Pada Tiang Lampu

 

  1. Tempat ke-3 (Teknikal), Anugerah Emas,                       

Anugerah Persembahan Terbaik (Teknikal)                       
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif, Universiti Awam ke -14, UM 2018
Projek Kesukaran Memasang dan Menurunkan Bunting Outdoor Pada Tiang Lampu
 

  1. Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif                       

Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018                  
Projek Kesukaran Memasang dan Menurunkan Bunting Outdoor Pada Tiang Lampu
 

  1. Tempat Pertama dan Anugerah Emas,

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif UPM, 2017
Projek Kesukaran Memasang dan Menurunkan Bunting Outdoor Pada Tiang Lampu

 

  1. Tempat Pertama

Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2016
 - Skytider (Alat Penggantung Banting di Tiang Lampu)
 

Penerbitan

 

  1. SkytiderTM- Overcomes the Difficultness of Installing and Lowering the Outdoor Bunting, Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), Vol. 2 No. 2 (2019)
  2. SkytiderTM, Nature's Yield and Wonders of Art (NYAWA)17: Earth to Sky. Universiti Putra Malaysia Press, Serdang, Selangor, Page 46-47. (2018) ISBN 9789679604467

 

 

 

 

 

Updated:: 14/11/2020 [asrizam]

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEaBAy~