Ada Idea Hebat? Jom Kembangkan Bersama Co-Creation @ InnoHub!
Program Co-Creation @ InnoHub diwujudkan bagi membantu penyelidik dan syarikat pemula membawa inovasi ke peringkat lebih tinggi melalui sokongan pembangunan dan pengkomersilan teknologi universiti. ![]()
![]()
Melalui kerjasama strategik bersama syarikat modal teroka, program ini menyediakan pendanaan berasaskan ekuiti (equity funding) untuk menyokong pelbagai keperluan penting seperti:
Validasi pasaran
Validasi teknologi
Pembangunan Minimum Viable Product (MVP)
Persediaan pengkomersilan produk
Bukan itu sahaja, peserta juga akan menerima:
Bimbingan pembangunan perniagaan
Sokongan pembentukan pasukan pengkomersilan
Khidmat nasihat laluan pengkomersilan harta intelek universiti
Program ini membuka peluang kepada inovator dan syarikat pemula untuk lebih bersedia memasuki pasaran serta menarik pelaburan strategik pada masa hadapan. ![]()
Co-Creation @ InnoHub
Pemacu inovasi, pengkomersilan dan pertumbuhan syarikat pemula berimpak tinggi!
#InnoHub #CoCreation #StartupMalaysia #Pengkomersilan #InovasiUPM #PutraSciencePark #MVP #EquityFunding #StartupEcosystem #UniversityInnovation

Date of Input: 12/05/2026 | Updated: 12/05/2026 | faizfarhan

Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia