Aiskrim Premium Appetit Musang King Hasil R&D UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTICLE » Aiskrim Premium Appetit Musang King Hasil R&D UPM

Aiskrim Premium Appetit Musang King Hasil R&D UPM

Produk aiskrim premium terkini buatan Malaysia terkini iaitu aiskrim AppetitTM Musang King yang mula menjadi tarikan penggemar aiskrim premium yang berasaskan buah-buahan tempatan terutamanya kepada penggemar aiskrim durian.

 

AppetitTM yang merupakan mula berada dipasaran pada November 2020 sebagai sumbangan kos pengeluaran sampel dan telah mula mendapat perhatian pengguna di Malaysia adalah merupakan salah satu hasil inovasi teknologi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Kumpulan penyelidik dari syarikat start-up Proville Tech Sdn Bhd di bawah InnoHub Putra Science Park (PSP), UPM berjaya menghasilkan produk inovasi di bawah jenama AppetitTM iaitu aiskrim premium yang berkualiti tinggi dan rendah lemak.

 

Menurut ketua penyelidik aiskrim AppetitTM, Dr. Nur 'Aliaa Abd Rahman dari Fakulti Kejuruteraan UPM, produk AppetitTM boleh didapati dalam dua rangkaian iaitu The Durian Series dan The Kurma Milk Series.

 

Keistimewaan aiskrim durian yang dihasilkan adalah melalui penggunaan isi durian sebenar iaitu durian jenis Musang King dan D24 dan boleh didapati pada harga yang sangat berpatutan.  Selain itu, pelbagai perasa lain seperti Cempedak, Vanilla Gula Apong, Nangka Madu, Campuran Kurma Arab dan Susu Pisang, serta Coklat turut mula dijual berdasarkan permintaan pengguna.

 

Inovasi aiskrim AppetitTM telah dihasilkan melalui teknik atau kaedah yang dapat mempercepatkan proses penghasilan aiskrim, yang seterusnya dapat mengekalkan rasa semula jadi buah durian yang digunakan. Pemilihan bahan-bahan dalam aiskrim dilakukan dengan teliti bagi menghasilkan aiskrim yang mempunyai kualiti tekstur dan rasa yang setanding dengan jenama komersial lain di pasaran.

 

 

Penyelidikan inovasi yang mengambil masa selama satu tahun itu telah dipatenkan pada tahun 2018. Ahli kumpulan penyelidik yang lain ialah Prof. Madya Dr. Azhari Samsu Baharuddin dan Siti Zubaidah Abdul Razak.

Date of Input: 24/12/2021 | Updated: 24/12/2021 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEUAAI~