FICUS - Syarikat Modal Teroka Patuh Sariah | PUTRA SCIENCE PARK
» ARTIKEL » FICUS - Syarikat Modal Teroka Patuh Sariah

FICUS - Syarikat Modal Teroka Patuh Sariah

UPM sentiasa menggalas tanggungjawab dalam menjayakan penyelidikan berpacukan industri serta memperkasa dan melaksana latihan profesional berasaskan kecekapan dan inovasi melalui usaha secara berterusan dalam meningkatkan inovasi UPM melalui aktiviti pengkomersilan kepada pihak industri.

Merujuk kepada Pelan Strategik UPM 2021-2025, UPM memandang serius peranan untuk mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjanakan nilai berteraskan ekosistem lestari. Objektif matlamat ini adalah untuk menghasilkan inovasi ke arah penjanaan nilai bagi universiti, industri dan masyarakat sejagat.

UPM sentiasa berusaha ke arah mempergiatkan hubungan kerjasama dengan pihak industri dalam pelbagai bidang. Sejajar dengan hasrat tersebut, UPM telah memeterai Memorandum Persefahaman di antara UPM dan Ficus GC yang bertujuan untuk memupuk dan memperkembangkan akitiviti yang berkaitan dengan keusahawanan dalam ekosistem inovasi UPM. UPM juga merupakan universiti pertama dalam negara yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Ficus GC.

Ficus Group Capital Sdn. Bhd. adalah sebuah Syarikat Pengurusan Modal Teroka patuh Shariah pertama di dunia yang ditubuhkan pada tahun 2018. Pelaburan Ficus GC tertumpu kepada Modal Teroka Patuh Shariah dalam sektor teknologi yang berpotensi di seluruh Asia Tenggara.

Melalui kerjasama ini, UPM akan menjadi universiti tempatan pertama yang menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Ficus GC. Ficus GC akan memberi tumpuan untuk membantu syarikat pemula di bawah program InnoHub Putra Science Park (PSP) UPM mengkomersilkan hasil inovasi UPM dan memastikan bahawa mereka mampu menyampaikan teknologi yang teguh dan berskala yang boleh mengukuhkan ekosistem permulaan teknologi tempatan kami.

Kerjasama dua hala ini dilihat dapat memberi impak yang besar kepada kedua-dua pihak antaranya dapat mewujudkan peluang pelaburan bagi sektor teknologi, pembiayaan atau penasihat dana, menjayakan pengkomersilan harta intelek kepada UPM, serta memperkukuhkan lagi latihan sumber manusia.

Tarikh Input: 22/03/2022 | Kemaskini: 22/03/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
WVJZFA1:05:22